Saturday, January 31, 2009

POLITIK SELAMAT YANG TIDAK SELAMAT


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]



Sebab perletakan jawatan ahli dewan undangan negeri Perak kawasan Bota, Datuk Nasharuddin Hashim ada alasan yang munasabah. Selain dari kita menghukum kesetiaannya, nanah lama yang hanyir membengkak kini terkutil mengalir keluar. Isunya adalah hubungan antara wakil-wakil rakyat dengan ketua bahagian. Kes wakil rakyat yang bukan ketua bahagian lebih ramai daripada ketua bahagian itu sendiri. Dan isu ini jarang diberikan perhatian.
Dalam struktur hairaki UMNO Ketua Bahagian mempunyai kuasa sebagai ‘little napoleon’ dalam bahagiannya yang juga terdapat kawasan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Kuasa ketua bahagian mengatasi kuasa dan peruntukan yang di miliki oleh ahli Parlimen atau adun didalam kawasannya. Ketua bahagian UMNO juga begitu berpengaruh bukan sahaja terhadap parti UMNO tetapi juga kepada parti komponan BN yang lain.Kuasa ketua bahagian ini luas dalam konsep parti yang memerintah menguasai kerajaan. Dalam banyak hal ketua bahagian adalah kontrak untuk kuasa dan kekayaan.Ketua bahagian berkuasa kerana Pengerusi Perhubungan yang juga menteri besar terlalu tertakluk kepada struktur parti dan bukannya kepada perimbangan antara parti dan calon pilihan rakyat. Ketua-ketua bahagian boleh menentukan nasib pengerusi perhubungan itu sendiri.Dalam banyak hal pendapat ketua bahagianlah yang akan dirujuk oleh pengerusi perhubungan yang juga menteri besar negeri dalam perlantikan bagi perlantikan ahli-ahli majlis, badan berkanun yang ada hubungan dengan kerajaan, peruntukan serta calon-calon pilihanraya. Masalah berlaku bila calon pilihan menteri besar bukan yang disenangi oleh ketua bahagian, walaupun calon tersebut ada ‘ranking’ dalam bahagian.Banyak berlaku peristiwa di mana peruntukan pembangunan dan program rakyat oleh ahli parlimen dan adun mesti mendapat kelulusan Ketua Bahagian. Tujuan penyelarasan ini baik iaitu untuk memperkukuhkan kedudukan parti dalam bahagian itu.Tetapi banyak kes yang berlaku dimana penyelarasan lebih bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan ketua bahagian dalam bahagian dan dengan ini mengenepikan kedudukan ahli parlimen dan adun yang dipilih rakyat.
Ada terdapat kes-kes dimana ketua bahagian mengarahkan supaya ahli-ahli parti tidak hadir dalam program-program ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian. Tujuannya adalah supaya ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak terlalu berpengaruh dalam parti bila timbul pemilihan bahagian. Perkara ini sudah begitu membudaya dalam UMNO.Cara ketua bahagian ini mungkin selesa semasa parti dalam keadaan yang kukuh tetapi bila parti berada dalam keadaan lemah maka terjadilah apa yang berlaku, lompat parti.Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam kini dikatakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi". Menurut beliau lagi seperti yang dilaporkan Malaysiakini bahawa "Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.Sebenarnya yang patut bertanggung jawab dalam hal ini adalah pengerusi perhubungan. Pengerusi perhubungan yang biasanya merupakan Menteri Besar boleh mengujudkan beberapa platform untuk memberikan keberkesanan peranan adun kepada kepada rakyat seperti melalui Majlis Penyelarasan adun-adun BN dan sebagainya.Itupun jika pemimpin perhubungan itu dinamik dan aggresif. Bila Menteri Besar jatuh ke tangan parti pembangkang dalam pilihanraya ke 12 lalu maka terujilah antara kesetiaan terhadap parti atau penderitaan dalam hati terhadap ketua-ketua bahagian. Masalah ini tidak berlaku sekiranya ketua bahagian seorang yang gentleman dan mengamalkan sikap musyawarah.Dalam kes di Perak perkara ini telah ditimbulkan beberapa kali oleh adun-adun yang berkenaan dalam mesyuarat UMNO Perak tetapi tidak mendapat perhatian. Ini seperti yang diakui oleh wakil rakyat Lintang, Datuk Ahmad Fakeh."Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil."Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.
Tajul Rosli terkenal sebagai pemimpin yang terlalu berhati-hati dan main selamat. Pengerusi perhubungan ini terlalu takut kepada ketua-ketua bahagian kerana ketua bahagian adalah merupakan ahli mesyuarat perhubungan negeri, sedangkan ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak berada dalam perhubungan.Hubungan menjadi longgar apabila Pengerusi Perhubungan tidak sensitif terhadap rintihan yang dihadapi oleh adun.Oleh yang demikian soal Datuk Tajul Rosli Ghazali ingin bertanggungjawab dan sanggup letak jawatan sebagai pengerusi perhubungan akibat peristiwa adun lompat parti nampaknya tidak relaven lagi. Ini semacam mengambil sikap lepas tangan kerana ‘snow balling’ politik sedang berlaku. Ada lagi beberapa adun yang bukan ketua bahagian yang mula memasang hasrat lompat parti.Nampaknya apapun tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO untuk memperbaiki parti semuanya tidak kena dan tidak menjadi. UMNO memerlukan ‘miracle’ untuk merombak budaya yang sudah berakar umbi sekian lama.Jika tidak saya percaya ahli-ahli UMNO di akar umbi sedang mencari parti pilihan yang dapat menyelamatkan agama dan bangsanya serta menjadi pengimbang kepada desakan-desakan aggressif bukan Melayu. Dalam hal ini kalau ikut sistem lampu isyarat atau ‘traffic light’ selepas merah nampaknya hijau.
Dipetik dari: Dato' Fuad Hassan, Bekas Ketua Bhg. Gombak.