Wednesday, November 19, 2008

SMS: ANTARA KEKECEWAAN DAN TINDAKAN


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Seorang rakan, Sdra. Zalmi menghatar beberapa nota SMS kepada saya yang keseluruhannya menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang menimpa bangsa Melayu dan UMNO sehari dua ini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk merungkaikannya dalam nota ringkas saya walaupun ada beberapa ketika saya telah berbicara secara terus apa yang berkalu dan apa yang patut dilakukan.


Ada eloknya saya titipkan SMS beliau disini untuk perkongsian umum.



WED 15 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, kawan2 sebangsa denganku didalam UMNO apakah tindakan kita terhadap datuk TAN LIAN HOE dan parti GERAKAN yang menghina melayu dan mencabar ketuanan melayu. Kita perlu mendesak PAK LAH menkaji kedudukan GERAKAN didalam BN dan apakah tindakan KOH SHU KON terhadap datuk TAN LIAN HOE. Ketika datuk ISMAIL AHMAD mengata kaum cina adalah pendatang begitu marahnya mereka hingga beliau digantung keahlian selama 3tahun, bangkitlah bangsaku iaitu bangsa MELAYU


THU 16 Okt 2008: Zalmi Wrote
MENGAPA KINI UMNO LEMAH KERANA ORANG MELAYU TAKUT, BERSUARA DAN PEMIMPIN ADA KEPENTINGAN, DIMANA KETUA PEMUDA? DIMANA NAIB KETUA PEMUDA? DIMANA KETUA BAHAGIAN? DIMANA KETUA WANITA? DIMANA SEMUA AHLI UMNO KETIKA BANGSA CINAAAA MENGHINA KITA!!


FRI 17 Okt 2008: Zalmi Wrote
Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja, Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2, Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara, Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata, Melayu makin lemah kalau tak tahu asal usulnya, Melayu makin lemah, jika tidurnya terlalu lena.....


FRI 17 Okt 2008:Zalmi Wrote
TAJUK SAJAK INI : MELAYU MAKIN LEMAH.

Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja,
Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2,
Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara,
Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata,
Melayu makin lemah, kalau tak tahu asal usulnya,
Melayu makin lemah, jika sengketa sesama kita,
Melayu makin lemah , jika tidurnya terlalu lena,
Melayu makin lemah, jika agama diambil mudah,
Melayu makin lemah, jika jiwanya masih dijajah,
Melayu makin lemah, jika tidak rasa bersalah,
Melayu makin lemah, bukan kerana mereka mentah....
JADI.... Bangkitlah Wahai Orang Melayu,
Hilangkan Segala Mimpi Indahmu,
Pulihkan Semangat Yang Makin Hilang, Agar Ketuananmu Dihormat Orang...


Hasil Nukilan MIE



SUN 19 Okt 2008: Zalmi Wrote
Pemuda MCA Perak mahu khairy ditahan dbwh ISA begitu juga datuk ismail ahmad!! Apakah tindakan kita (UMNO) terhadap datuk TAN LIAN HOE. Kaum cina mula tunjuk belang tapi orang melayu masih tidur lena kini mereka minta jawatan timbalan pengerusi BN dgn alasan " Tiada perjanjian kursus bahawa timbalan pengerusi BN mestilah orang UMNO" Bangkitlah sahabatku sebelum MALAYSIA diambil mereka.



SUN 30 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, apa dah jadi lepas cina, india pulak minta hapuskan 30% ekuiti bumiputera dlm senarai awam, esok2 apa lagi diaorang nak minta kalau kita org melayu tak buat sesuatu udah le kes datuk Tan senyap gitu je...




November 19, 2008. Saya mengambil masa membuka SMS yang ada dalam simpanan saya. Saya terharu dengan kepekaan dan semangat yang ditunjukkan oleh sahabat kita ini. lalu saya menjawab ringkas:


Zalmi, agak lambat saya membalas SMS kekecewaan saudara. UMNO dan ahlinya gagal untuk bingkas bangun melawan cabaran dari bangsa lain maupun dari rakan komponen kerana `UMNO dan Melayu terkena sindrom `paralysis'. Sindrom ini kerana akibat dari segala toksik atau segala keracunan telah meresap kedalam batang tubuh UMNO hingga tidak lagi peka dan berupaya untuk bangun. Toksin yang meracun UMNO kini telah menjadikannya sebati dan ketagih. lihat saja toksid rasuah wang pemilihan kepimpinan UMNO. Maka kita amat payah untuk mengerakkan UMNO yang sudah terlalu leka dan terperosok dalam dunia toksidnya... HzY

2 comments:

budakteghoso said...

Salam bro....persoalannya...setuju tak kalau teman kata UMNO itu telah di'paralysis'kan oleh ahlinya sendiri???...di kalangan perwakilan pun dah banyak mengharapkan "tepuk tampar"....so....di mana kualiti seorang pemimpin yang hendak dipilih???....dari segi "penampornye ke atau kualitinya????
Tepuk dada....sendiri mau ingat ler....
Teman betul-betul sedih dengan senario pemilihan baru-baru ini...

HzY said...

`Sindrom lumpuh' ini sememangnya dari dalam parti itu sendiri, ianya telah menjadi sistem dan mendarah daging dalam UMNO. Yang berada sedia memberi, yang tiada sedia menerima. Apalah yang diharap pada UMNO kalau budaya ini tidak dirawat dan dipulihklan. Pengubatannya perlu dimainkan oleh semua pihak... apakah kesedaran ini boleh ditanam dalam ahli? Pun belum tahu. Kalau kesedaran ini wujud... adakah `will' dan komitmen utuk menghalangnya.

Apapun.. biarlah kita menjadi elemen yang positif dalam UMNO.. selagi terdaya.