Saturday, February 7, 2009

SELEPAS DEMOKRASI ??

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Seorang rakan membicarakan fasa-fasa bentuk sistem kenegaraan, ketika Perak sedang menyempunakan satu episod politik yang keliru dan mengelirukan watan, elok juga kita meneliti seketika konsep-konsep perkembangan dan kitaran sistem kenegaraan yang sedang melingkari dan melewati kehidupan kita.


Plato membahagikan peringkat negara kepada lima. Peringkat pertama, Aristokrasi iaitu negara yang terbaik di bawah pimpinan golongan terpilih iaitu ahli fasafah. Aristokrasi iaitu pemerintahan pihak terunggul kemudian merosot menjadi Timokrasi.


Peringkat kedua Timokrasi ini, menyaksikan peralihan pimpinan kepada golongan berdarjat dan bukan lagi ahli falsafah atau pemikir. Timokrasi berakhir apabila pendewaan terhadap kehormatan dan kemuliaan berakhir. Namun Timokrasi telah mewujudkan bibit-bibit di mana kekayaan mula menunjangi kekuasaan. Pendewaan terhadap kekayaan membiak. Kekayaan menjadi senama dengan kuasa. Ia akhirnya mewujudkan hanya dua golongan masyarakat; yang kaya dan yang miskin. Kelompok hartawan yang terkaya menjadi kelompok yang paling berkuasa. Para pemimpin adalah hartawan-hartawan terkaya.


Wujud peringat ketiga iaitu Oligarki.Oligarki merosot kerana orang dalam pemerintahan ini tidak pernah puas dengan kekayaan. Ia akhirnya menimbulkan perlawanan daripada golongan miskin yang ramai. Kemenangan golongan rakyat mewujudkan Demokrasi, yang merupakan peringkat keempat dalam proses kemerosotan negara ideal Plato. Demokrasi menyaksikan kebebasan rakyat dijamin sebegitu rupa sehingga setiap orang bebas melakukan apa yang mereka mahu. Setiap orang mengejar kemerdekaan dan kebebasan yang tidak terbatas. Akibatnya muncul kekacauan kerana kepentingan individu lebih tinggi daripada kepentingan kolektif. Maka muncul peringkat kelima iaitu Anarki. Negara terhumban dalam huru hara dan kemudian musnah. Negara muncul semula mengulangi proses sebelumnya. Dalam transisi untuk mengulangi kembali proses ini, muncul peringkat-peringkat lain seperti tirani dan sebagainya.

Hari ini di Malaysia kita sedang melihat Demokrasi sedang menuju kepada peringkat Anarki. Setiap parti politik meletakkan kepentingan individu dan kelompok melebih kepentingan negara. Peralihan kuasa politik boleh saja dilakukan tanpa kehadiran rakyat, tetapi sebaliknya dengan membeli dua tiga ekor wakil rakyat yang tidak bermaruah.


UMNO dan PKR adalah juara kepada kehancuran demokrasi. Anwar Ibrahim memulakan kegilaan untuk berkuasa tanpa melalui Pilihanraya dan kini ia dilakukan oleh UMNO. Perak menjadi kucar kacir kerana dua tiga ekor manusia yang tidak berprinsip dan tidak bermoral melompat parti. Tidak ada sebarang penglibatan pilihan rakyat yang berlaku dalam peralihan kuasa itu. Ini memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi, yang terbuka kepada penyelewengan dan pengkhianatan. Anwar yang mengajar kaedah ini dan kini mereka yang menerima natijahnya.


Dalam keadaan ekonomi yang begitu teruk, harga makanan yang melambung, puluhan ribu pekerja diberhentikan, tiada kegiatan ekonomi yang baru; parti dan orang politik ini masih berperang untuk merebut kuasa segila-gilanya. Baik BN mahupun PR, kedua-duanya sedang membawa negara kepada peringkat kelima proses kehancuran negara iaitu Anarki.Ia sekadar teori usang Plato.


Thursday, February 5, 2009

INTAIAN HINDRAF

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]



Seperti menjadi amalan di dalam MICsesiapa yang berhasrat menentang Presiden Parti, DS S.Samy Vellu akan dipecat, cantas dan dibuang kehalian. Corak mainan politik sebegini menjadikan Presiden kekal dan kuat selama-lamanya seperti “tuhan MIC.” Presiden hanya akan dikelilingi oleh pembodek-pembodek dan tukang karut yang hanya melapurkan cerita-cerita menarik untuk hiburan Presiden.
Apabila amalan ini keterlaluan dan terlalu lama dipraktikkan yang menjadi masaalah ialah golongan kaum India akar umbi yang tidak dibela dan terus dilupakan khasnya pekerja-pekerja ladang dan estate. Apabila ada “vacuum” atau kelompongan ini maka ia diambil kesempatan oleh kumpulan extremis seperti Hindraf. Di mana kesannya Hindraf berjaya menarik pengikut dengan begitu cepat dengan memutar-belitkan fakta-fakta sejarah tentang kewujudan mereka di negara ini dan semakin hari pengaruh mereka semakin kuat ditambah dengan semangat perjuangan pembebasan Tamil Elam.Apabila Hindraf semakin agressif MIC menjadi lapuk , tidak “relevant”, ketinggalan dan semakin dilupakan. Menyedari populariti mereka semakin pudar, MIC mengambil jalan pintas dengan bertindak mengikut cara rakus extremis Hindraf konon ingin meraih pengaruh kaum India. MIC telah membelakangi semangat setiakawan di dalam Barisan Nasional yang telah diasaskan bersama Tun Sambanthan di mana telah lama terjalin sejak selepas negara mencapai kemerdekaan lagi.Sebenarnya MIC telah “tenggelam punca” seperti kerosot benang apabila Samy Vellu dan ahli-ahli Parlimen mereka ingin menjadi “champion” kes A.Kugan yang disyaki pencuri kereta mewah. Walhal punca sebenar kerosot benang ini ialah kepimpinan Presiden MIC itu sendiri yang terlalu lama dan seharusnya diadakan peralihan kuasa.
HzY

Saturday, January 31, 2009

POLITIK SELAMAT YANG TIDAK SELAMAT


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]



Sebab perletakan jawatan ahli dewan undangan negeri Perak kawasan Bota, Datuk Nasharuddin Hashim ada alasan yang munasabah. Selain dari kita menghukum kesetiaannya, nanah lama yang hanyir membengkak kini terkutil mengalir keluar. Isunya adalah hubungan antara wakil-wakil rakyat dengan ketua bahagian. Kes wakil rakyat yang bukan ketua bahagian lebih ramai daripada ketua bahagian itu sendiri. Dan isu ini jarang diberikan perhatian.
Dalam struktur hairaki UMNO Ketua Bahagian mempunyai kuasa sebagai ‘little napoleon’ dalam bahagiannya yang juga terdapat kawasan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Kuasa ketua bahagian mengatasi kuasa dan peruntukan yang di miliki oleh ahli Parlimen atau adun didalam kawasannya. Ketua bahagian UMNO juga begitu berpengaruh bukan sahaja terhadap parti UMNO tetapi juga kepada parti komponan BN yang lain.Kuasa ketua bahagian ini luas dalam konsep parti yang memerintah menguasai kerajaan. Dalam banyak hal ketua bahagian adalah kontrak untuk kuasa dan kekayaan.Ketua bahagian berkuasa kerana Pengerusi Perhubungan yang juga menteri besar terlalu tertakluk kepada struktur parti dan bukannya kepada perimbangan antara parti dan calon pilihan rakyat. Ketua-ketua bahagian boleh menentukan nasib pengerusi perhubungan itu sendiri.Dalam banyak hal pendapat ketua bahagianlah yang akan dirujuk oleh pengerusi perhubungan yang juga menteri besar negeri dalam perlantikan bagi perlantikan ahli-ahli majlis, badan berkanun yang ada hubungan dengan kerajaan, peruntukan serta calon-calon pilihanraya. Masalah berlaku bila calon pilihan menteri besar bukan yang disenangi oleh ketua bahagian, walaupun calon tersebut ada ‘ranking’ dalam bahagian.Banyak berlaku peristiwa di mana peruntukan pembangunan dan program rakyat oleh ahli parlimen dan adun mesti mendapat kelulusan Ketua Bahagian. Tujuan penyelarasan ini baik iaitu untuk memperkukuhkan kedudukan parti dalam bahagian itu.Tetapi banyak kes yang berlaku dimana penyelarasan lebih bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan ketua bahagian dalam bahagian dan dengan ini mengenepikan kedudukan ahli parlimen dan adun yang dipilih rakyat.
Ada terdapat kes-kes dimana ketua bahagian mengarahkan supaya ahli-ahli parti tidak hadir dalam program-program ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian. Tujuannya adalah supaya ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak terlalu berpengaruh dalam parti bila timbul pemilihan bahagian. Perkara ini sudah begitu membudaya dalam UMNO.Cara ketua bahagian ini mungkin selesa semasa parti dalam keadaan yang kukuh tetapi bila parti berada dalam keadaan lemah maka terjadilah apa yang berlaku, lompat parti.Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam kini dikatakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi". Menurut beliau lagi seperti yang dilaporkan Malaysiakini bahawa "Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.Sebenarnya yang patut bertanggung jawab dalam hal ini adalah pengerusi perhubungan. Pengerusi perhubungan yang biasanya merupakan Menteri Besar boleh mengujudkan beberapa platform untuk memberikan keberkesanan peranan adun kepada kepada rakyat seperti melalui Majlis Penyelarasan adun-adun BN dan sebagainya.Itupun jika pemimpin perhubungan itu dinamik dan aggresif. Bila Menteri Besar jatuh ke tangan parti pembangkang dalam pilihanraya ke 12 lalu maka terujilah antara kesetiaan terhadap parti atau penderitaan dalam hati terhadap ketua-ketua bahagian. Masalah ini tidak berlaku sekiranya ketua bahagian seorang yang gentleman dan mengamalkan sikap musyawarah.Dalam kes di Perak perkara ini telah ditimbulkan beberapa kali oleh adun-adun yang berkenaan dalam mesyuarat UMNO Perak tetapi tidak mendapat perhatian. Ini seperti yang diakui oleh wakil rakyat Lintang, Datuk Ahmad Fakeh."Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil."Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.
Tajul Rosli terkenal sebagai pemimpin yang terlalu berhati-hati dan main selamat. Pengerusi perhubungan ini terlalu takut kepada ketua-ketua bahagian kerana ketua bahagian adalah merupakan ahli mesyuarat perhubungan negeri, sedangkan ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak berada dalam perhubungan.Hubungan menjadi longgar apabila Pengerusi Perhubungan tidak sensitif terhadap rintihan yang dihadapi oleh adun.Oleh yang demikian soal Datuk Tajul Rosli Ghazali ingin bertanggungjawab dan sanggup letak jawatan sebagai pengerusi perhubungan akibat peristiwa adun lompat parti nampaknya tidak relaven lagi. Ini semacam mengambil sikap lepas tangan kerana ‘snow balling’ politik sedang berlaku. Ada lagi beberapa adun yang bukan ketua bahagian yang mula memasang hasrat lompat parti.Nampaknya apapun tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO untuk memperbaiki parti semuanya tidak kena dan tidak menjadi. UMNO memerlukan ‘miracle’ untuk merombak budaya yang sudah berakar umbi sekian lama.Jika tidak saya percaya ahli-ahli UMNO di akar umbi sedang mencari parti pilihan yang dapat menyelamatkan agama dan bangsanya serta menjadi pengimbang kepada desakan-desakan aggressif bukan Melayu. Dalam hal ini kalau ikut sistem lampu isyarat atau ‘traffic light’ selepas merah nampaknya hijau.
Dipetik dari: Dato' Fuad Hassan, Bekas Ketua Bhg. Gombak.

Monday, November 24, 2008

MELAKAR CERITA SUKA DUKA

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sebelum ke pejabat sempat meneliti beberapa blog yang acapkali dikunjungi... terpaut dengan puisi rasa seorang tokoh wartawan yang cukup saya segani... Datuk A.Kadir Jasin. Barangkali Kadir dah serik seketika berbicara seperti kalam biasa yang sehari-hari, mungkin puisi baginya lebih besar penafsirannya... Apa pun kita konsi bersama Cerita Suka Dukanya.

HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat SallehD
atuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.
British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama
BumiputeraLega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.
Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnyaSepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.
Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.
Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.