Saturday, January 31, 2009

POLITIK SELAMAT YANG TIDAK SELAMAT


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]



Sebab perletakan jawatan ahli dewan undangan negeri Perak kawasan Bota, Datuk Nasharuddin Hashim ada alasan yang munasabah. Selain dari kita menghukum kesetiaannya, nanah lama yang hanyir membengkak kini terkutil mengalir keluar. Isunya adalah hubungan antara wakil-wakil rakyat dengan ketua bahagian. Kes wakil rakyat yang bukan ketua bahagian lebih ramai daripada ketua bahagian itu sendiri. Dan isu ini jarang diberikan perhatian.
Dalam struktur hairaki UMNO Ketua Bahagian mempunyai kuasa sebagai ‘little napoleon’ dalam bahagiannya yang juga terdapat kawasan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.Kuasa ketua bahagian mengatasi kuasa dan peruntukan yang di miliki oleh ahli Parlimen atau adun didalam kawasannya. Ketua bahagian UMNO juga begitu berpengaruh bukan sahaja terhadap parti UMNO tetapi juga kepada parti komponan BN yang lain.Kuasa ketua bahagian ini luas dalam konsep parti yang memerintah menguasai kerajaan. Dalam banyak hal ketua bahagian adalah kontrak untuk kuasa dan kekayaan.Ketua bahagian berkuasa kerana Pengerusi Perhubungan yang juga menteri besar terlalu tertakluk kepada struktur parti dan bukannya kepada perimbangan antara parti dan calon pilihan rakyat. Ketua-ketua bahagian boleh menentukan nasib pengerusi perhubungan itu sendiri.Dalam banyak hal pendapat ketua bahagianlah yang akan dirujuk oleh pengerusi perhubungan yang juga menteri besar negeri dalam perlantikan bagi perlantikan ahli-ahli majlis, badan berkanun yang ada hubungan dengan kerajaan, peruntukan serta calon-calon pilihanraya. Masalah berlaku bila calon pilihan menteri besar bukan yang disenangi oleh ketua bahagian, walaupun calon tersebut ada ‘ranking’ dalam bahagian.Banyak berlaku peristiwa di mana peruntukan pembangunan dan program rakyat oleh ahli parlimen dan adun mesti mendapat kelulusan Ketua Bahagian. Tujuan penyelarasan ini baik iaitu untuk memperkukuhkan kedudukan parti dalam bahagian itu.Tetapi banyak kes yang berlaku dimana penyelarasan lebih bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan ketua bahagian dalam bahagian dan dengan ini mengenepikan kedudukan ahli parlimen dan adun yang dipilih rakyat.
Ada terdapat kes-kes dimana ketua bahagian mengarahkan supaya ahli-ahli parti tidak hadir dalam program-program ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian. Tujuannya adalah supaya ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak terlalu berpengaruh dalam parti bila timbul pemilihan bahagian. Perkara ini sudah begitu membudaya dalam UMNO.Cara ketua bahagian ini mungkin selesa semasa parti dalam keadaan yang kukuh tetapi bila parti berada dalam keadaan lemah maka terjadilah apa yang berlaku, lompat parti.Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam kini dikatakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi". Menurut beliau lagi seperti yang dilaporkan Malaysiakini bahawa "Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.Sebenarnya yang patut bertanggung jawab dalam hal ini adalah pengerusi perhubungan. Pengerusi perhubungan yang biasanya merupakan Menteri Besar boleh mengujudkan beberapa platform untuk memberikan keberkesanan peranan adun kepada kepada rakyat seperti melalui Majlis Penyelarasan adun-adun BN dan sebagainya.Itupun jika pemimpin perhubungan itu dinamik dan aggresif. Bila Menteri Besar jatuh ke tangan parti pembangkang dalam pilihanraya ke 12 lalu maka terujilah antara kesetiaan terhadap parti atau penderitaan dalam hati terhadap ketua-ketua bahagian. Masalah ini tidak berlaku sekiranya ketua bahagian seorang yang gentleman dan mengamalkan sikap musyawarah.Dalam kes di Perak perkara ini telah ditimbulkan beberapa kali oleh adun-adun yang berkenaan dalam mesyuarat UMNO Perak tetapi tidak mendapat perhatian. Ini seperti yang diakui oleh wakil rakyat Lintang, Datuk Ahmad Fakeh."Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil."Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.
Tajul Rosli terkenal sebagai pemimpin yang terlalu berhati-hati dan main selamat. Pengerusi perhubungan ini terlalu takut kepada ketua-ketua bahagian kerana ketua bahagian adalah merupakan ahli mesyuarat perhubungan negeri, sedangkan ahli parlimen dan adun yang bukan ketua bahagian tidak berada dalam perhubungan.Hubungan menjadi longgar apabila Pengerusi Perhubungan tidak sensitif terhadap rintihan yang dihadapi oleh adun.Oleh yang demikian soal Datuk Tajul Rosli Ghazali ingin bertanggungjawab dan sanggup letak jawatan sebagai pengerusi perhubungan akibat peristiwa adun lompat parti nampaknya tidak relaven lagi. Ini semacam mengambil sikap lepas tangan kerana ‘snow balling’ politik sedang berlaku. Ada lagi beberapa adun yang bukan ketua bahagian yang mula memasang hasrat lompat parti.Nampaknya apapun tindakan dan kenyataan pemimpin UMNO untuk memperbaiki parti semuanya tidak kena dan tidak menjadi. UMNO memerlukan ‘miracle’ untuk merombak budaya yang sudah berakar umbi sekian lama.Jika tidak saya percaya ahli-ahli UMNO di akar umbi sedang mencari parti pilihan yang dapat menyelamatkan agama dan bangsanya serta menjadi pengimbang kepada desakan-desakan aggressif bukan Melayu. Dalam hal ini kalau ikut sistem lampu isyarat atau ‘traffic light’ selepas merah nampaknya hijau.
Dipetik dari: Dato' Fuad Hassan, Bekas Ketua Bhg. Gombak.

Monday, November 24, 2008

MELAKAR CERITA SUKA DUKA

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sebelum ke pejabat sempat meneliti beberapa blog yang acapkali dikunjungi... terpaut dengan puisi rasa seorang tokoh wartawan yang cukup saya segani... Datuk A.Kadir Jasin. Barangkali Kadir dah serik seketika berbicara seperti kalam biasa yang sehari-hari, mungkin puisi baginya lebih besar penafsirannya... Apa pun kita konsi bersama Cerita Suka Dukanya.

HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat SallehD
atuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.
British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama
BumiputeraLega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.
Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnyaSepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.
Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.
Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.

Friday, November 21, 2008

PANTUN Ler Pulak

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sejak Musim Pemilihan UMNO Bhg. Sungai Siput yang baru berlalu, banyak pula para calon yang menawarkan diri bertanding menyampaikan hasrat dan hajat melalui medium `pantun'

Pantun Melayu sememangnya menjadi alat dan wasilah yang cukup sopan lagi berbahasa yang berakar kuat dalam budaya orang melayu. Walaupun ianya kini telah tercemar dari segi penciptaan dek kerana `istilah' permodenan bahasa yang sebenarnya dicacamerbakan oleh kejahilan masyarakat Melayu sendiri. Apa pun, musim pemilihan ini sedikit sebanyak memberi ruang `pantun' sebagai medium komunikasi yang diketengahkan.

Teman kongsikan antara yang menarik untuk tatapan pembaca... tapi biasalah, konteknya ialah pemilihan dan politik.


Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi mu tuan rasa nak junjung.


Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Tegak saya tuan mengundi,
Bergerak kita bangunkan bangsa.
Dari Yunos Husin.



Nasi Sepinggan Gulai Sebelanga
Sudah Menang kenalah Belanja
Dari Zahid Mohd Taib



Sebagai membalas jasa perwakilan yang memberi sokongan kepada saya, saya ungkapkan bait-bait pantun ini:-

Bertanam sudah menuaipun sudah,
Hampa diangin beras dipilih,
Mesyurat sudah menang (G7) pun sudah,
Budimu tuan saya berterima kasih.

HzY

Wednesday, November 19, 2008

SMS: ANTARA KEKECEWAAN DAN TINDAKAN


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Seorang rakan, Sdra. Zalmi menghatar beberapa nota SMS kepada saya yang keseluruhannya menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang menimpa bangsa Melayu dan UMNO sehari dua ini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk merungkaikannya dalam nota ringkas saya walaupun ada beberapa ketika saya telah berbicara secara terus apa yang berkalu dan apa yang patut dilakukan.


Ada eloknya saya titipkan SMS beliau disini untuk perkongsian umum.



WED 15 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, kawan2 sebangsa denganku didalam UMNO apakah tindakan kita terhadap datuk TAN LIAN HOE dan parti GERAKAN yang menghina melayu dan mencabar ketuanan melayu. Kita perlu mendesak PAK LAH menkaji kedudukan GERAKAN didalam BN dan apakah tindakan KOH SHU KON terhadap datuk TAN LIAN HOE. Ketika datuk ISMAIL AHMAD mengata kaum cina adalah pendatang begitu marahnya mereka hingga beliau digantung keahlian selama 3tahun, bangkitlah bangsaku iaitu bangsa MELAYU


THU 16 Okt 2008: Zalmi Wrote
MENGAPA KINI UMNO LEMAH KERANA ORANG MELAYU TAKUT, BERSUARA DAN PEMIMPIN ADA KEPENTINGAN, DIMANA KETUA PEMUDA? DIMANA NAIB KETUA PEMUDA? DIMANA KETUA BAHAGIAN? DIMANA KETUA WANITA? DIMANA SEMUA AHLI UMNO KETIKA BANGSA CINAAAA MENGHINA KITA!!


FRI 17 Okt 2008: Zalmi Wrote
Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja, Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2, Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara, Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata, Melayu makin lemah kalau tak tahu asal usulnya, Melayu makin lemah, jika tidurnya terlalu lena.....


FRI 17 Okt 2008:Zalmi Wrote
TAJUK SAJAK INI : MELAYU MAKIN LEMAH.

Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja,
Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2,
Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara,
Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata,
Melayu makin lemah, kalau tak tahu asal usulnya,
Melayu makin lemah, jika sengketa sesama kita,
Melayu makin lemah , jika tidurnya terlalu lena,
Melayu makin lemah, jika agama diambil mudah,
Melayu makin lemah, jika jiwanya masih dijajah,
Melayu makin lemah, jika tidak rasa bersalah,
Melayu makin lemah, bukan kerana mereka mentah....
JADI.... Bangkitlah Wahai Orang Melayu,
Hilangkan Segala Mimpi Indahmu,
Pulihkan Semangat Yang Makin Hilang, Agar Ketuananmu Dihormat Orang...


Hasil Nukilan MIE



SUN 19 Okt 2008: Zalmi Wrote
Pemuda MCA Perak mahu khairy ditahan dbwh ISA begitu juga datuk ismail ahmad!! Apakah tindakan kita (UMNO) terhadap datuk TAN LIAN HOE. Kaum cina mula tunjuk belang tapi orang melayu masih tidur lena kini mereka minta jawatan timbalan pengerusi BN dgn alasan " Tiada perjanjian kursus bahawa timbalan pengerusi BN mestilah orang UMNO" Bangkitlah sahabatku sebelum MALAYSIA diambil mereka.



SUN 30 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, apa dah jadi lepas cina, india pulak minta hapuskan 30% ekuiti bumiputera dlm senarai awam, esok2 apa lagi diaorang nak minta kalau kita org melayu tak buat sesuatu udah le kes datuk Tan senyap gitu je...




November 19, 2008. Saya mengambil masa membuka SMS yang ada dalam simpanan saya. Saya terharu dengan kepekaan dan semangat yang ditunjukkan oleh sahabat kita ini. lalu saya menjawab ringkas:


Zalmi, agak lambat saya membalas SMS kekecewaan saudara. UMNO dan ahlinya gagal untuk bingkas bangun melawan cabaran dari bangsa lain maupun dari rakan komponen kerana `UMNO dan Melayu terkena sindrom `paralysis'. Sindrom ini kerana akibat dari segala toksik atau segala keracunan telah meresap kedalam batang tubuh UMNO hingga tidak lagi peka dan berupaya untuk bangun. Toksin yang meracun UMNO kini telah menjadikannya sebati dan ketagih. lihat saja toksid rasuah wang pemilihan kepimpinan UMNO. Maka kita amat payah untuk mengerakkan UMNO yang sudah terlalu leka dan terperosok dalam dunia toksidnya... HzY