Monday, February 23, 2009

APA JAWAPAN KITA?

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Dipetik dari tulisan seorang sahabat, Fuad Hassan, beserta komen yang berikan.

Seringkali bilamana menyampaikan ceramah kepada orang ramai dalam pelbagai kumpulan. Dalam pertemuan-pertemuan ini saya bertemu soalan-soalan yang perlu dijawab oleh orang Melayu dan Muslim dengan lapang dada tanpa emosi. Antara persoalaan yang ditimbulkan adalah mengenai ketidakadilan layanan terhadap bukan Melayu.

Masyarakat bukan Melayu beranggapan bahawa kaum Melayu hanya memperjuangkan hak-hak mereka seperti yang terdapat dalam kontrak sosial tanpa cuba memahami realiti kehidupan dan perasaan yang terpendam dalam masyarakat bukan Melayu. Antara perasaan masyarakat bukan Melayu adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Golongan pertengahan Cina dan India terpaksa menyimpan wang untuk menghantar anak-anak mereka belajar keluar Negara sedangkan jiran golongan pertengahan Melayu mereka yang mempunyai kepintaran anak yang sama mendapat biasiswa kerajaan dengan mudah.

2. Ramai golongan bukan Melayu merasakan bahawa mereka merupakan warga Negara kelas kedua dalam negaranya sendiri kerana mereka sering bertemu dengan dasar-dasar kerajaan yang berat sebelah samada dalam bidang pendidikan, peluang pekerjaan atau kontrak kerajaan.

3. Rasa ketidakadilan oleh orang-orang Cina dan India yang keluarga mereka sudahpun berada di Malaysia semenjak bermula abad ke 20 sebagai pelombong bijih atau pekerja estate tetapi masih dianggap sebagai pendatang sedangkan pendatang Indonesia yang berada dinegara ini kurang dari satu abad kini sudah dianggap sebagai menjadi warga Malaysia dan anak-anaknya di anggap sebagai ‘bumiputra’.

4. Bagaimana perasaan pekerja estate India yang mengais setiap hari mencari upah untuk nafkah kehidupan kecewa melihat pekebun-pekebun Felda menjadi jutawan.

5. Penganut Kristian di Malaysia mahukan agar kerajaan Malaysia tidak menyekat hak mereka untuk menterjemahkan bible dalam bahasa Melayu dengan pengunaan nama Allah sebagai Tuhan Kristian.Para pembaca diharapkan dapat membantu memberikan jawapan terhadap persoalaan ini dan bagaimana sikap dan tindakan yang wajar diambil oleh orang Melayu dan pihak yang berkenaan - FUAD HASSAN



Jawapan:


AmirHamzah said...

Salam Datuk,Begini jawapan yang mampu saya berikan.
1.Memang sepatutnya anak-anak Melayu tanpa mengira kaya,pertengahan atau miskin untuk mereka menikmati apa yang dikatakan 'Hak-hak Istimewa Orang Melayu' yang terkandung di dalam perlembagaan. Walau bagaimana pun biasiswa semakin kurang diberikan kepada anak-anak Melayu dan digantikan dengan 'pinjaman'

2. Tidak ada warganegara kelas ke dua. Tidak ada dasar berat sebelah cuma yang ada adalah keadilan. Orang Melayu tertinggal jauh dari segenap segi walaupun mereka menguasai politik dan diiktiraf sebagai peribumi. Penjajah British yang tidak berlaku adil kepada pribumi dan melayan dengan istimewa golongan pendatang terutama Cina. Setelah Melayu menguasai politik negara, pemimpin-pemimpin Melayu ingin merapatkan jurang yang telah ditinggalkan penjajah supaya kek ekonomi negara dapat diagih-agihkan secara saksama. Hingga sekarang Melayu masih ketinggalan walaupun semakin banyak perubahan. Namun begitu pencapaian Cina juga meningkat dan tidak statik.

3. Cina, India dan Indonesia yang menjadi warganegara sebelum merdeka adalah rakyat Tanah Melayu yang sah. Sejarah tetap mengatakan bahawa sebelum itu Cina dan India yang dibawa penjajah dari Benua China dan Benua India.Manakala orang Jawa atau Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu tidak dianggap 'pendatang' kerana mereka datang daripada rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu yang meliputi Indonesia, Singapura, Tanah Melayu, Brunei, Selatan Thai dan Selatan Filipina. Mereka mempunyai budaya, bahasa ,agama dan rupa yang serupa. Sedangkan Cina dan India datang dari benua di luar benua alam Melayu.Sejarah adalah fakta yang bukan cerita yang direka-reka.

4. FELDA juga adalah salah satu perkara 'Hak-Hak Istimewa Orang Melayu' untuk menjaga kepentingan pribumi. Orang India boleh memajukan diri mereka dalam bidang pendidikan. Dengan Pendidikan nasib orang India boleh berubah. Namun begitu India di Malaysia jauh lebih baik daripada India di Negara India. FELDA sememangnya hak Melayu dan Pribumi.4. Agama Islam juga termasuk di dalam 'Hak-Hak Istimewa Orang Melayu' dan Islam mesti dipelihara kesuciannya sedangkan agama-agama lain bebas untuk dianuti. Bible di dalam Bahasa Melayu dan Penggunaan Nama Allah di dalam Bible adalah menghina agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

5. Orang Islam juga mempunyai hak menjaga agama mereka dan penganut-penganut mereka daripada kekeliruan. Penggunaan nama Allah tidak dibenarkan kerana Bible adalah kitab yang tidak diiktiraf oleh Allah setelah turunnya Al-Quran yang telah melengkapkan agama kepada seluruh umat manusia. Turunnya Al-Quran telah menyempurnakan Islam. Terjemahan Bible ke dalam Bahasa Melayu juga telah mencalarkan 'hak-hak istimewa orang Melayu' sebagai pribumi.

Walau apapun ianya mesti berbalik kepada asas 'kontrak sosial' antara datuk nenek mereka iaitu Cina dan India dengan datuk nenek orang Melayu.Datuk nenek mereka telah bersetuju asalkan mereka mendapat 'KEWARGANEGARAA' dan boleh tinggal di Tanah Melayu. Cucu-cucu mereka tidak perlu mengungkit-ungkit perkara Hak-Hak Istimewa Orang Melayu yang telah dipersetujui.
Jangan mungkir janji dengan ikrar Datuk Nenek kamu supaya kamu tidak menjadi orang yang tamak.terima kasih.

February 1, 2009 10:17 AM


Fuhas said...
Terima kasih di atas jawapan jujur dan berlandaskan sejarah.
Tetapi jawapan ini bukan yang mereka mahukan dalam memahami realiti semasa. Mereka mendapat tawaran jawapan yang lebih lumayan daripada Nik Aziz yang mewakili Islam.
Nik Aziz berkata kaum Cina dan India harus dilayan seperti manusia dan layak dilayan dengan adil. Kaum Cina menghargai jawapan seperti ini dengan menghadiahkan kemenangan PAS di Terengganu.

Ramai generasi muda kita yang menganggap pandangan yg saudara kemukakan mewakili pandangan lama, maka Melayu harus dianugerahkan kontrak dan sebagainya berasaskan kebolehan mereka dan bukan kerana warna kulitnya...Mungkinkah pekebun Estate India bolehdiserapkan dalam rancangan Felda yang sedia ada? Sekadar pandangan.
February 1, 2009 1:02 PM

Amir Hamzah said...
Salam Datuk,

1. Saya faham, jawapan saya adalah satu jawapan yang konvensional dan otordok. Sudah tentu jawapan seumpama itu tidak disenangi oleh anak-anak muda yang lebih liberal dan terbuka.

2. Adakah mereka faham tentang liberalisasi yang tiba-tiba muncul di saat PR bersungguh-sungguh mendapat sokongan dari kaum India dan Cina?

3. Lupakah mereka peristiwa 13 Mei 1969 adalah kerana dasar 'liberalisme' yang difahami Tunku memakan dirinya sendiri.

4. Selagi majoriti Melayu masih mahu melindungi dan mempertahankan perlembagaan yang mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hak serta keistimewaan bumiputera, ianya tetap relevan sepanjang masa.

5. DS Anwar hanya mengeluarkan kenyataan lebih liberal tetapi belum terbukti liberalisasinya walaupun beliau pernah diberi peluang memegang jawatan ke dua tertinggi negara. Apakah yang dibantu oleh Anwar kepada orang India ketika beliau menjadi TPM.

6. Nik Aziz dan Hj Hadi Awang boleh kah diambil contoh yang baik di atas keterbukaan dan penerimaannya secara jujur terhadap orang bukan Islam. Nik Aziz adalah ketua negeri bagi 98% umat Islam. Bagaimana jikalau Nik Aziz menjadi MB bagi Negeri Selangor, Ketua Menteri Sabah atau Menteri Besar Pahang. Mampukah Nik Aziz memberhentikan operasi Pusat Judi Genting Highland jikalau beliau menjadi MB Pahang?

7. Tidak salah untuk mengurniakan tanah FELDA kepada orang India atau Cina kerana memang ada sebuah FELDA di Johor yang mengandungi 3 bangsa di dalamnya dengan majoriti peneroka Melayu. Nama FELDA tersebut adalah LINGIU - (Keling, Cina dan Melayu) begitulah asal usul nama LINGIU mengikut kata peneroka di situ.Terima kasih.
February 2, 2009 5:06 AM

Ronn said...
Prejudis dan rasa tak puas hati bukan Melayu bukan perkara baru.
Mereka begitu bahagian di Zaman British.Bagi bukan Melayu, keadilan itu wujud bila segalanya memihak kepada mereka, lihat sahaja apa yang berlaku di Taiping (Long Jaafar)Selagi negara ini dikuasai oleh orang Islam, selagi itulah mereka membenci.

Tanya sahaja mereka situasi di Palestin, jawapan mereka "Hamas dan Fatah itu yang merampas hak Israel"
February 4, 2009 7:05 PM


AnakBangsa said...
Bismillah.Salam Datuk,
Saya fikir Datuk, mereka ini tidak memahami erti 'Adil' itu sendiri, mungkin keadilan bagi mereka adalah "Memberi sama rata hak-hak dan keuntungan."
Sedangkan erti 'Adil'bukan hanya itu. Kerana 'Adil'juga bererti "Meletakkan sesuatu pada tempatnya."

Menurut saya jika kita fahamkan mereka makna yang kedua tadi dengan lebih jelas mungkin kawan-kawan kita ini dapat memahami dan menerima pembahagian hak dan keuntungan yang yang selama ini Kerajaan jalankan."Hak" tetap "Hak".
February 5, 2009 2:43 PM

Hang-Jebat said...

Maaf jika hamba katakan yang orang Melayu tidak perlu berjuang untuk mendapatkan hak-hak keistimewaan orang Melayu itu.

Kerana ianya tetap termaktub dalam perlembagaan malaysia. Tidak salah jika hamba menyatakan bahawa walaupun tetap diberi hak keistimewaan sebegitu, Melayu masih gagal untuk memonopoli kuasa ekonomi dan sesetengahnya gagal untuk bersaing di pasaran terbuka. Puncanya apa. Kembali menyorot kata-kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam slot Hujah beberapa bulan dahulu, "apa pasal Melayu mundur? Raja adalah Melayu, PM juga Melayu, TPM, MB, Pegawai-pegawai kerajaan juga Melayu serta ada hak-hak Melayu dalam perlembagaan, kenapa Melayu masih gagal."

Puncanya, RASUAH dan POLITIK. Di harap Perkasa mengkaji dengan mendalam hal sebegini dan mencari punca seterusnya menyelesaikannya dengan bantu golongan "Bangsawan Melayu" tersebut.
February 9, 2009 2:37 AM

1 comment:

dua alam said...

Salam SUB...teman tak banyak nak komen pasal artikel nih....sebab teman orang melayu juge....kadang-kadang...ludah ke langit...jatuh kena juga kat muka teman...hehehehe...kalo tak ngelak le.....memang teman tak nafikan...melayu agak ketinggalan ...tak kira la dari parti apa sekalipun...tak tau la teman mengapa.....teman hanya ingat ungkapan yang pernah TUN M sebut dulu.....memang ada betulnya....ingat tak lagi ungkapan ini...."MELAYU MUDAH LUPA"...dah lama dah..hehehehehe..fikir...fikir..fikir..fikir....fikir....