[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]
Bertarikh 24 Mei 2008 dan bertempat di Bangunan UMNO Negeri Perak, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah mengambil satu inisiatif untuk menawan semula Perak dari tangan pembangkang. Antara VVIP yang hadir dalam program ini ialah YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu serta rombongan, dan juga YB. Dato' Seri DiRaja Mohd. Tajol Rosli Ghazali selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Di dalam program ini, Ahli-ahli Puteri diberi penerangan oleh YB. Dato' Seri Idris Jusoh cara-cara yang telah dilakukan oleh Terengganu untuk merampas semula Terengganu dari PAS pada tahun 2004. Beliau telah memberi tempoh selama 4 tahun bagi proses ini iaitu:-
1) Tahun Pemulihan
2) Tahun Pengukuhan
3) Tahun Penilaian
4) Tahun Tawan Kembali
Melalui program ini, adalah diharapkan UMNO Negeri Perak akan bergerak lebih awal dalam mengadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang. Dan diharap juga agar semua pihak tidak kira pemimpin ataupun ahli UMNO tidak terlalu merasa selesa dengan keadaan yang dihadapi kerana kita mungkin sekali lagi akan menghadapi kejutan dan terus menghadapi trauma akibat kekalahan kepada pihak pembangkang.
No comments:
Post a Comment