[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]
This is my first post in this blog. Angah tertarik untuk menulis pada pagi ini setelah membaca IBUKU PEMBOHONG.
Mungkin disebabkan hujung minggu ini merupakan Hari Ibu, jadi topiknya bagai menarik angah untuk menulis tentang ibu. Mungking juga disebabkan angah kini tidak bekerja (untuk sementara waktu) angah lebih rapat dengan ibu. Rutin harian semenjak tidak bekerja ini, pagi-pagi subuh, riuh dengan suara anak-anak saudara dan ibunya yang akan pergi ke sekolah. Ibu bangun awal untuk solat subuh. Baca Al-Quran, pergi ke dapur, kemas pinggan mangkuk, dan setelah berpeluh-peluh (ibu angah pernah 2 kali kena strok,jadi kerjanya lambat) dia akan mandi dan duduk di hadapan televisyen untuk menonton rancangan pagi bersama-sama angah. Sambil-sambil itu, angah akan membasuh kain, menyidai kain, membuat air Teh (minuman wajib di waktu pagi) menyapu sampah, mandi, dan makan pagi sebelum ke Pejabat UMNO Bahagian pda pukul 9.30 pagi.
Sepanjang dua bulan, angah tidak bekerja tidak terdengar langsung ibu merungut-rungut tentang angah yang tidak bekerja. Kadang-kala, sedih juga. Tidak dapat memberikan wang kepada ibu dalam masa tidak bekerja ni sebab dah biasa bagi setiap bulan.
Dan pagi tadi seperti biasa, angah melakukan rutin seharian sambil menyapu sawang (sebab dah lama tak buat). Ibu duduk di kerusinya sambil menonton televisyen. Tiba-tiba, telefon tangan angah berbunyi. Teman baik bertanya khabar. Dan seperti biasa, dia juga menanyakan Soal-soal politik di Sungai Siput. Angah merungut kepadanya tentang terdengar Jawatan Ketua Puteri Bahagian yang akan dipertandingkan menarik minat seseorang. Dengan kata lain, terdapat pertandingan bagi jawatan tersebut pada tahun ini. Seseorang yang tidak dikenali kecuali dia timbul semasa pilihanraya umum yang lalu.
Tidak dinafikan bapanya orang yang dikenali atau glamour. Sudah turun ke cawangan-cawangan dengar ceritanya. Teman baik angah bertanya, "Dia tu ok ke?". Tah la...tak tahu nak jawab. Nanti mengumpat pula. Akhirnya, perbualan itu tamat. Angah bersiap-siap untuk pergi ke Pejabat UMNO Bahagian seperti biasa. Tiba-tiba ibu bersuara, "Ada orang nak bertanding dengan Kak Yang ke? Siapa?" Angah pun jawab yang patut-patut. Ibu bukan kenal pun kalau angah beritahu nama orangnya.
Jawapan ibu hanya pendek, " Boleh ke dia buat macam mana Kak Yang buat? Kalau boleh, biar la dia nak ambil." Angah hanya terdiam. Ibu bukan seorang ahli politik. Tidak juga ahli UMNO dari mana-mana cawangan pun. Ibu pun tidak terlibat dalam mana-mana persatuan pun. Ibu hanya surirumah. Jarang bercampur gaul dengan jiran-jiran tambahan setelah ibu terkena strok sebanyak dua kali.
Jawapan ibu menyebabkan air mata berlinangan. Ibu boleh memahami...... kenapa orang lain tidak boleh memahami?
No comments:
Post a Comment