Saturday, May 24, 2008

Pedra Branca & Terra nullius

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Kalau takut dilanda badai
Patah balik mengelak padah
Pedra Branca sudah tergadai
Terra nullius bertuan sudah.

Duduk termenung di tepi tasik
Sambil memancing siikan lampan
Batu Puteh milik Temasik
Hakikat KALAH itu jawapan.

Tanam tembikai tumbuh melata
Subur menghijau di tepi kali
Tangis berdarah sekalipun buta
Tanah tergadai takkan kembali.

Alahai.


HzY- Dari awal tak expect menang, bukan apa sebab Malaysia Boleh!!.. Boleh Apa? Boleh Kalah? But Sinagapore practiced `Kiasu' [Tak Boleh Kalah]

1 comment:

Norazniza Abdul Karim said...

angah terbaca dalam berita harian... rencana dari tulisan Kirul Bahri Basaruddin yang menyatakan bahawa Keputusan ICJ beri hak kedaulatan Batuan Tengah jejas perancangan Kota Singa. Tulisan beliau juga enyatakan ahawa sebenarnya kita bukan berada di tempat orang yang kalah. Keputusan ini juga merupakan satu kepahitan bagi Singapura kerana sempadan Batuan Tengah yang akan menyekat Singapura dari meneruskan rancangan mereka untuk menambak kawasan sekitar Batu Putih. Tapi....kehilangan Temasik dahulu masih lagi menjadi calar kepada Tanah Melayu...ditambah pula dengan kehilangan Batu Putih.