Wednesday, February 11, 2009

"ITU PERAK LUMPAT MACAM PARNAH DANGAR BAH !!"

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Isu melompat parti mendapat tanggapan berbeda daripada pelbagai pihak. Ianya boleh dilihat daripada 4 pendekatan :
i. Pendekatan perundangan
ii. Pendekatan Moral
iii. Pendekatan Politik
iv. Pendekatan istana

Dari segi perundangan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya menolak supaya diadakan pilihanraya kecil adalah tepat berasaskan kes-kes yang lalu. Yang dipertikaikan Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak adalah mahkamah bukan SPR. Bagaimanapun berasaskan keputusan mahkamah lalu tindakan tersebut tidak salah. Demikian juga dengan kuasa Sultan Perak untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri juga dibuat mengikut budibicara Tuanku dan mengikut peruntukan perlembagaan Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak. Walaupun tidak mengikut adat, ini tidak menghalang mana-mana pihak untuk cuba mencabarnya di mahkamah.

Dari segi moral pula pada pendapat saya pada dasarnya memang tidak wajar seseorang wakil rakyat mengkhianati amanat yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi kawasannya. Ini merupakan satu amanah yang harus mereka pikul sehingga habis tempoh 5 tahun. Walaupun ini bukan kesalahan moral sex atau jenayah, tetapi ia dilihat dari sudut etika atau kewajarannya.
Masalahnya sekali lagi isu wakil rakyat melompat parti tidak merupakan satu kesalahan perundangan dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat yang berkenaan untuk berbuat demikian. Ini dapat dilihat pada keputusan Mahkamah Agong tahun1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & lain-lain vs Nordin Salleh & lain-lain. Dan kes seperti ini telah berlaku berkali-kali dalam sejarah pilihanraya Negara.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Perak melalui ‘lompat parti’ adalah mengenai permainan politik kuasa atau ‘power play’ daripada pihak yang berkuasa atau yang ingin berkuasa. Kerajaan atau pembangkang akan bersetuju atau tidak bersetuju tindakan tersebut adalah bergantung kepada pihak mana yang akan mendapat keuntungan daripada kesan lompat itu.

Jika pihak pembangkang yang mungkin mendapat keuntungan maka ianya akan dihalalkan dengan pelbagai cara oleh pemimpin-pemimpin mereka samada dari parti yang memanggil dirinya Islam atau perkauman mahupun keadilan. Jika merugikan maka timbullah soal menyalahi perlembagaan, menyalahi hak asasi manusia, tidak bermaruah dan sebagainya.

Dan itulah yang berlaku apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim menyertai parti Keadilan yang disambut dengan girangnya oleh Anwar Ibrahim kerana membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak. PAS juga akan bergembira jika Datuk Kapt (B) Zahar dari Selangor yang menyertai PAS baru-baru ini adalah seorang wakil rakyat. Malangnya beliau tidak.

Adakah kita mendengar samada BN atau PAS yang menguasai kelantan dan Terengganu pernah cuba bersungguh-sungguh untuk mengubal undang-undang negeri bagi menghalang perbuatan lompat parti ini.

Apabila Anwar berbulan-bulan mengadakan perang saikologi dengan rancangan mengambilalih kerajaan pada 16 September 2008 sehingga menimbulkan keadaan ketidaktentuan Negara di bawah Perdana Menteri yang lemah pernah kita mendengar pendirian tegas PAS atau DAP atau peminpin-peminpin keadilan atau Suruhanjaya hak asasi manusia yang menganggapnya sebagai suatu kesalahan atau tidak bermoral?.

Padahal Negara baru ‘kebah’ menghadapi deman pilihanraya umum yang ke 12 dan keputusannya amat memberangsangkan kepada parti pembangkang sedangkan keadaan ekonomi memerlukan rawatan yang serius akibat kegawatan ekonomi global. Yang jelas permainan pengambilalihan ini terus di mainkan hingga berkejaran ke Taiwan..Dimana penganalisa dan pengulas politik ketika itu?

Dimana pemimpin-pemimpin yang bercakap soal prinsip perjuangan yang menentang pengambilalihan melalui pintu belakang. Dimana juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ?. Presiden PAS, Haji Hadi sendiri tidak bercakap mengenai keperluan prinsip pembubaran untuk penghakiman rakyat ? Yang disebut adalah kepastian agar jumlah anggota parlimen Melayu mestilah merupakan jumlah yang majoriti.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa Anwar ketika itu mempunyai senarai yang cukup bilang dan beliau berhajat ingin mengadap DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang baru. Soalnya mengapa beliau tidak berbuat demikian ?. Tetapi menggunakan alasan bahawa Perdana Menteri takut untuk mengadakan sidang parlimen untuk menguji undi tidak percaya kepada beliau ?

Sebenarnya apa yang perlu Anwar buat adalah memanggil sidang akhbar bersama-sama ahli parlimen BN yang menyertai beliau dan menghantar surat kepada Yang Dipertua dewan bagi menyatakan beliau mempunyai cukup bilangan untuk membentuk kerajaan dan kemudian mengadap SPB Yang Di Pertuan Agong.

Jika Agong perkenan maka prosesnya sama seperti apa yang berlaku di Perak ataupun pembubaran dewan rakyat. Maka tumbanglah kerajaan pimpinan BN. Rakyat pun akan membuat penyesuaian dengan suasana kerajaan baru. Tetapi masalahnya beliau banyak bercakap tapi kandungannya ‘illek’.

Mana ada Perdana Menteri dalam dunia yang memiliki majoriti wakil rakyat dengan ikhlas mahu mengadakan sidang khas parlimen supaya dilakukan undian tak percaya pada beliau ? Atau mungkin ianya merupakan pengalihan daripada isu peribadi yang Anwar hadapi dan beliau tidak mempunyai senarai mencukupi yang dimaksudkan.

Apa yang berlaku di Perak adalah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Najib mempunyai jumlah senarai yang cukup untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak dan Baginda telah berpuas hati bahawa kerajaan BN mempunyai bilangan yang majoriti untuk membentuk kerajaan baru. Baginda telah menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan bagi mengelakkan politiking pilihanraya yang berpanjangan melalui pembubaran dewan.

Semenjak Mac 2008 keadaan politik negara sering terganggu dan tidak pernah tenang. Itu adalah hak baginda berpandukan perlembagaan. Kita harus ingat baginda bukan sahaja seorang Raja yang menggunakan kuasa dan budibicara, tetapi baginda juga adalah bekas ‘Lord President’ yang amat disegani.

Berapa kali mahkamah telah membuat keputusan bahawa surat yang ditandatangani oleh ADUN untuk tujuan meletakkan jawatan tanpa tarikh dan tanpa kerelaan beliau adalah tidak sah. Tektik menandatangani surat sebagai ikatan kepada kesetiaan calon telah dibuktikan mahkamah sebagai tidak sah.

Karpal Singh sebagai peguam sedar perkara ini. Tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menyaman Sultan Perak ternyata satu lagi gimik politik balas membalas untuk dipanjangkan sehingga pilihanraya yang ke 13.

Ada yang mengatakan mengapa melalui pintu belakang dan tidak melalui pembubaran dewan. ?. Maka timbullah tuduhan tidak bermaruah, belot, khianat dan sebagainya. Singkat sungguh ingatan manusia seperti ini. Dua ADUN PKR yang keluar parti dianggap sebagai rasuah dan berkualiti rendah.

Soalnya mengapa orang yang sama menuduhnya kini rasuah dulu menganggapnya sebagai konspirasi dan tidak perlu digantung jawatan EXCO sementara menunggu perbicaraan ?. Sekarang ini soal prisip samada rasuah atau konspirasi pun kena ikut warna bendera politik !!. Sekali lagi ini bukan sangat soal prinsip perjuangan tetapi permainan politik pihak yang berkenaan.

Lupakah kita bagaimana Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri satu ketika dulu pernah menjadi ‘master mind’ dalam pengambilalihan kerajaan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan menguruskan pelompatan beberapa ahli-ahli PBS kepada BN pada pilihanraya negeri tahun 1994.

Ketika itu PBS menguasai dewan negeri Sabah dengan 2 kerusi majoriti dengan menguasai 25 daripada 48 kerusi dewan negeri. Maka muncullah nama-nama seperti Yong Teck Lee, Lajim Okin dan lain-lainnya. Ketua Menteri Sabah yang berpengaruh ketika itu adalah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari kaum Kadazan.

Saya sempat berbual dengan Datuk Lajim Okin yang merupakan ADUN PBS ketika itu yang kini merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan. Beliau menceritakan bagaimana Anwar menalipon beliau supaya menunggu di Bilik Bunga Raya, Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Subang, bagi membincangkan isu melompat parti bersama-sama ADUN PBS yang lain. Maka terjadilah peristiwa pengambilalihan kerajaan negeri Sabah melalui pintu belakang.

Tun Mahathir pun tidak harus lupa kerana beliau ketika itu adalah Perdana Menteri. Tak berbunyipun soal moral atau tidak beretika ketika itu. Sekali lagi salah atau benar nampaknya ikut siapa yang untung. PBS ketika itu berada dalam keadaan yang kukuh, jika diadakah pilihanraya semula sudah pasti melalui sikap anti Semenanjung ketika itu PBS akan memenanginya.

PBS berpendapat bahawa kejayaan BN mengambilalih kerajaan negeri tahun itu hanyalah kerana wakil rakyatnya (PBS) menyertai BN dan bukanlah kerana sokongan rakyat. Belaskah Anwar kepada suara rakyat yang telah membuat keputusan memilih PBS? Pekakah Anwar kepada prinsip kuasa rakyat?

Tidak insafkah Anwar terhadap perbuatannya semasa di dalam UMNO maka beliau mahu mengulanginya dalam Pakatan Rakyat melalui Rancangan September 16?. Begitu juga cubaan untuk menarik ahli parlimen dari SAPP Sabah yang gagal melalui Datuk Yong Teck Lee.
Ada yang berpendapat isu lompat adalah hak cipta milik UMNO. Soalnya, orang yang dalam UMNO ketika itu adalah Anwar dan beliau cuba melakukan perkara yang sama melalui Pakatan Rakyat melalui rancangan pintu belakang 16 September 2008. Bagaimana kalau rancangan itu benar-benar menjadi kenyataan?.

Sebenarnya permainan Anwar adalah seperti senjata makan tuan. Senjata itulah dahulu yang digunakan untuk PBS dan senjata itulah memakan dirinya sendiri sekarang. Bekas-bekas pemimpin PBS pasti ketawa besar..Tetapi politik punya alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian. Rakyat mungkin marah tindakan tersebut tetapi dalam kes Selangor pada pilihanraya 1969, melalui lompatan wakil rakyat DAP lah yang telah menyelamatkan kedudukan orang Melayu sehingga hari ini. Jika tidak corak politik Selangor akan berterusan seperti Pulau Pinang.

Saya setuju kita perlu beretika tetapi kita harus istiqamah mengenainya. Kita perlu meletakkan standard moral yang tinggi bagi pemimpin politik. Tetapi janganlah panggil ianya rasuah jika kita boleh mendapat keuntungan dan di panggil konspirasi jika kita beroleh kerugian.Prinsip-prinsip keadilan, moral, kebebasan dan perjuangan bangsa dan agama adalah prinsip mulia yang harus mengatasi permainan politik dan ia harus dijunjung pada semua masa oleh semua warna kepartaian.Yang banyak diambil mudah oleh Pakatan Rakyat di Perak adalah peranan institusi Raja atau istana. Raja Nazrin telah berkali-kali membayangkan keperluan menjaga hak-hak kepentingan bangsa Melayu, Islam dan Institusi Raja.Walaupun Raja adalah insan biasa namun mereka adalah simbol institusi yang memayungi kepentingan bangsa.

Semenjak PR memerintah, kaum bukan Melayu nampak begitu ghairah mencabar perkara-perkara dasar ini dan ini tidak disenangi istana.Kes pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada kampong-kampong baru adalah salah satu simbolik yang menyakitkan perasaan orang Melayu dan Raja Melayu. Kita faham ini disebabkan DAP merupakan parti politik yang menang majoriti dalam Pakatan Rakyat melalui 16 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.Nizar ambil mudah dengan angkuh mempertahankannya dan menganggap ini sebagai permainan politik semata. Yang pasti ada suatu kuasa penentu di belakang beliau.

Demikian juga pengumuman pembubaran dewan sebelum mendapat perkenan Raja adalah suatu kesalahan.Itu sebab rakyat Sabah tidak hirau sangat tentang politik rampas kuasa yang berlaku di Perak.

Bagi mereka “itu macam parnah dangar bah!!”

6 comments:

dua alam said...

Tuan SUB....alangkah lebih baik kalau huraian yang mike buat ni di "ceramahkan" di peringkat UMNO di Sungai Siput. Sekarang pun memang ada dikalangan orang UMNO yang mana tak paham dengan perlembagaan sebenarnya...main hentam kromo je....semalam teman bercakap dengan orang UMNO...kontraktor yang sebelum ni dah banyak dapat projek dari kerajaan BN sebelum ni....dia beria2 mempertahankan bahawa tindakan Nizar yang mangkuk hayun tu adalah betul....sepatutnya kuasa diberikan kepada rakyat untuk memilih MB yang baru....hehehehe...dah macam nak menyokong pembangkang pulak si mamat tu. Padahal...setau teman le....apa kandungan penuh dalam perlembagaan tubuh negeri perak pun dia tak pernah tengok rasanya. Hanya mendengar kata orang...baca surat kabo....itu je le....frust juga teman mendengonye....tak tau ke dia bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif????.....beria2 dia mempertahankan...
jadi...teman harap kalo buleh le...mike buat le program untuk membuat penjelasan mengenai perkara ini....nak bagi mahluk2 yang pandai menengkah je....padahal ...tak sedo diri selama ini...siapa...kerajaan mana yang bagi dia ni projek??...
Buat le wahai tuan SUB...satu program macam tahun sudah..yang Dato' Rais dengan Prof Ramlah Adam jadi penceramah tu.....
Semoga UMNO Sungai Siput akan terus maju..berkuasa...sebagai pembela Melayu....Hidup UMNO!!!!

HzY said...

InsyaAllah akan dibuat majlis penerangannya.. teman akan edarkan tulisan ini... bagi ceramah, tak kot.. bomoh tempatan kurang mujarab.. kena panggil bomoh luar.

HzY

Anonymous said...

Yoep,
Tak usahler mike nulis-nulih pada orang Umuno Sungai Siput.. tak ada dibaca oleh dema.

Yang dema tahu sapa bagi duit lebih yang itu dema sokong..

Buat letih mike!!
Baik masuk PAS, atau Keadilan sekurang-kurangnya mike jauh lebih baik diterima oleh ahli PAS & Keadilan. Diam dekat UMNo mike tak dihargai, buat kerja siang malam, kat belakang kema maki juga, bukan orang lain kawan-kawan umno mike juga.

Serik Dengan UMNO

dua alam said...

woi demang lebar daun....sebab mike orang PAS atau PKR le...mike kate baik....tengok baru2 ni....tak sangka pulak teman orang PAS dan PKR diajo buat rusuhan....tak hormat raja...dalam Islam takde ngajo macam itu weh!!!
Mike kat PAS....apa yang mike dapat???...dapat belajo nak memaki dan asyik mengata orang tak betui je....teman pun dari aliran pondok...takde lak taksub mcm orang PAS yang taksub tu...deme tau ke apa hukumnya bila taksub lebih macam tu.....????mike tau tak ? apa hukumnya?????

HzY said...

Salam,
Sdra. Demang Lebar Daun.

Terimakasih kerana menjenguk Lawan Sesawang Blog ini dan terimakasih meluangkan masa memberi komentar,.. izinkan saya memberi komentar balas.

1. Blog ini bukanlah blog aktif saya, saya tahu dunia siber ini amat jarang dilawati, apatahlagi oleh orang-orang Sungai Siput. Adalah seorang dua yang memberi komen, IsnsyaAllah masanya akan sampai bila saya akan dan rakan-rakan akan mempromosinya sebagai laman diskusi dan keterbukaan minda. Kesempatan ini saya merakamkan penghargaan kpd pengunjung termasuk saudara.

2. Saya yakin penulisan dan komen yang bernilai insyaAllah akan dinilai oleh pembaca dan akan dihargai. Saya tak merasa letih dengan menulis kerana ianya adalah latihtubisaya dalam mempertajamkan minda dan sebagai rhiadah mental saya. Saya tidak letih untuk berdiskusi dan menyatakan pandangan, yang saya letih ialah mereka yang `letih dengan ilmu' dan taasub yang tidak berpendirian.

3. Kenapa saya perlu `crossover' ke Keadilan dan PAS? Pendirian saya berdasarkan REALITI POLITIK, pengalaman dan keyakinan yang kuat kepada UMNO masih mampu dan perlu bagi masyarakat Melayu dan Islam diperjuangkan. Soal orang, mengata, mengkritik, membuat komentar samada dari depan dan belakang, itu lumrah kehidupan, apa nak hairan. Kalau rasulullah yang maksum dan kekasih Allah pun dimaki diherdik, ini kan seorang seperti saya yang hanya insan biasa serba kekurangan, rupa tiada, harta tiada , ilmu pun cetek. Apa yang saya buat, tulis adalah apa yang saya rasa betul pada pengetahuan saya, kalau ada yang lebih betul atau lebih baik, datangkan hujah dan dalilnya... insaAllah saya sentiasa terbuka untuk menerimanya.

Saudara Demang,
Biar saya catatkan beberapa pendirian penting soal prinsip politik saya.

1. Saya BUKAN ahli UMNO yang taasub dan fanatik. Saya dilahirkan sebagai insan yang berketurunan Melayu dan mewarisi Islam sebagai keyakinan dan pegangan hidup.

2. Saya menyertai UMNO pada tahun 1993, penglibatan ini dihului dengan penglibatan dan pengalaman terlibat dengan organisasi lain termasuk organisasi politik lain. Antaranya KPIP, ABIM, JIM (IRC) dan PAS sendiri. Penglibatan dengan UMNO setelah melalui pendedahan dan pengalaman yang kalau tidak panjangpun, memberikan saya pilihan yang pelbagai untuk saya pilih. UMNO pilihan perjuangan siasah saya, melayu dan agama. Saya melihat denagn pengetahuan, pengalaman, penglibatan dalam UMNO adalah perkara ijtihadi yang bertepatan dan tidak melanggari syarak. Kalau niatnya ikhlas ianya Ibadah

2. UMNO adalah parti massa. Realiti politik seperti yang terkandung dalam tuntutan demokrasi berparlimen memaksa UMNO menjadi parti massa yang dibuka kepada umum tanpa sebarang saringan yang ketat. hirerki dalam UMNO adalah bergantung kepada kedudukannya mengikut pemilihan dalam parti setiap3 tahun sekali. Ia bukan parti sistem tajnid yang membuat pengreden ahli mengikut mana-mana sistem `maqam'. Oleh itu tentulah segala jenis manusia, perangai tabiat ada didalamnya. Dari budak Remaja hingga tua nyanyuk, dari tok Iman hingga ke penyamun, dari mengaji sekolah rendah ke Phd., dari orang susah hingga jutawan dan dari mustadaffin hingga mustakbirin. Tentulah rencah dan kerenahnya pelbagai, asalkan dia melayu, itupun, itupun dalam definasi yang begitu loggar, mamak, keling, muaalaf, iban juga dikira melayu.

3. Kebijaksanaan politik menuntuk kepimpinan UMNO dan saya sendiri melihat PAS sebagai, 3dalam 1, Sebagai saingan Politik, sebagai saudara seagama dan sebagai rumpun bangsa. Walaupun mungkin PAS tidak melihat begitu, PAS melihat UMNO mungkin sebagai musuh dan seteru politik, sebagai golongan fasiq dan kafir, dan tiada istilah rumpun bangsa kerana PAS tidak meniktiraf perjuangan bangsa. Pada Pas UMNo adalah assobiyah... pada saya UMNO bukan bukan assobiyah, assobiyah adalah perjuangan kaum dan bangsa hingga menidakkan kaum lain. Kita UMNO sentiasa memberi ruang kepada bangsa asing untuk menikmati haknya seperti disepakati dalam kontrak sosial. Perjuangan Melayu UMNO bukan bersifat racist hingga menafikan kewujudan bangsa lain sebaliknya memastikan hak pribumi dan tuantanah mempunyai kedudukan yang wajar dalam negaranya.
....
dah nak jumaat ada masa saya sambung.

HzY

Anonymous said...

Saya ni oang jati PAS..
Blog ini saya tabik ler ada fakta dan pandangan sendiri.....
Kalau pemimpin Umno cakap ada fakta kan bagus ini pakai hentam jer....
contoh ada pemimpin Umno ulas bab derhaka sultan...pakai hemtam jer...
tolong bezakan derhaka bahasa istana dan bahasa orang macam kita ni...