Monday, November 24, 2008

MELAKAR CERITA SUKA DUKA

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sebelum ke pejabat sempat meneliti beberapa blog yang acapkali dikunjungi... terpaut dengan puisi rasa seorang tokoh wartawan yang cukup saya segani... Datuk A.Kadir Jasin. Barangkali Kadir dah serik seketika berbicara seperti kalam biasa yang sehari-hari, mungkin puisi baginya lebih besar penafsirannya... Apa pun kita konsi bersama Cerita Suka Dukanya.

HARI ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat SallehD
atuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.
British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama
BumiputeraLega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.
Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnyaSepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.
Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.
Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.

Friday, November 21, 2008

PANTUN Ler Pulak

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sejak Musim Pemilihan UMNO Bhg. Sungai Siput yang baru berlalu, banyak pula para calon yang menawarkan diri bertanding menyampaikan hasrat dan hajat melalui medium `pantun'

Pantun Melayu sememangnya menjadi alat dan wasilah yang cukup sopan lagi berbahasa yang berakar kuat dalam budaya orang melayu. Walaupun ianya kini telah tercemar dari segi penciptaan dek kerana `istilah' permodenan bahasa yang sebenarnya dicacamerbakan oleh kejahilan masyarakat Melayu sendiri. Apa pun, musim pemilihan ini sedikit sebanyak memberi ruang `pantun' sebagai medium komunikasi yang diketengahkan.

Teman kongsikan antara yang menarik untuk tatapan pembaca... tapi biasalah, konteknya ialah pemilihan dan politik.


Tenang tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi mu tuan rasa nak junjung.


Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Tegak saya tuan mengundi,
Bergerak kita bangunkan bangsa.
Dari Yunos Husin.



Nasi Sepinggan Gulai Sebelanga
Sudah Menang kenalah Belanja
Dari Zahid Mohd Taib



Sebagai membalas jasa perwakilan yang memberi sokongan kepada saya, saya ungkapkan bait-bait pantun ini:-

Bertanam sudah menuaipun sudah,
Hampa diangin beras dipilih,
Mesyurat sudah menang (G7) pun sudah,
Budimu tuan saya berterima kasih.

HzY

Wednesday, November 19, 2008

SMS: ANTARA KEKECEWAAN DAN TINDAKAN


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Seorang rakan, Sdra. Zalmi menghatar beberapa nota SMS kepada saya yang keseluruhannya menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang menimpa bangsa Melayu dan UMNO sehari dua ini. Saya mengambil masa yang agak lama untuk merungkaikannya dalam nota ringkas saya walaupun ada beberapa ketika saya telah berbicara secara terus apa yang berkalu dan apa yang patut dilakukan.


Ada eloknya saya titipkan SMS beliau disini untuk perkongsian umum.



WED 15 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, kawan2 sebangsa denganku didalam UMNO apakah tindakan kita terhadap datuk TAN LIAN HOE dan parti GERAKAN yang menghina melayu dan mencabar ketuanan melayu. Kita perlu mendesak PAK LAH menkaji kedudukan GERAKAN didalam BN dan apakah tindakan KOH SHU KON terhadap datuk TAN LIAN HOE. Ketika datuk ISMAIL AHMAD mengata kaum cina adalah pendatang begitu marahnya mereka hingga beliau digantung keahlian selama 3tahun, bangkitlah bangsaku iaitu bangsa MELAYU


THU 16 Okt 2008: Zalmi Wrote
MENGAPA KINI UMNO LEMAH KERANA ORANG MELAYU TAKUT, BERSUARA DAN PEMIMPIN ADA KEPENTINGAN, DIMANA KETUA PEMUDA? DIMANA NAIB KETUA PEMUDA? DIMANA KETUA BAHAGIAN? DIMANA KETUA WANITA? DIMANA SEMUA AHLI UMNO KETIKA BANGSA CINAAAA MENGHINA KITA!!


FRI 17 Okt 2008: Zalmi Wrote
Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja, Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2, Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara, Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata, Melayu makin lemah kalau tak tahu asal usulnya, Melayu makin lemah, jika tidurnya terlalu lena.....


FRI 17 Okt 2008:Zalmi Wrote
TAJUK SAJAK INI : MELAYU MAKIN LEMAH.

Melayu makin lemah, bila dihina diam sahaja,
Melayu makin lemah, disuruh bangkit tak buat apa2,
Melayu makin lemah, bila pemimpin hilang suara,
Melayu makin lemah, bila pemuda tak dengar kata,
Melayu makin lemah, kalau tak tahu asal usulnya,
Melayu makin lemah, jika sengketa sesama kita,
Melayu makin lemah , jika tidurnya terlalu lena,
Melayu makin lemah, jika agama diambil mudah,
Melayu makin lemah, jika jiwanya masih dijajah,
Melayu makin lemah, jika tidak rasa bersalah,
Melayu makin lemah, bukan kerana mereka mentah....
JADI.... Bangkitlah Wahai Orang Melayu,
Hilangkan Segala Mimpi Indahmu,
Pulihkan Semangat Yang Makin Hilang, Agar Ketuananmu Dihormat Orang...


Hasil Nukilan MIE



SUN 19 Okt 2008: Zalmi Wrote
Pemuda MCA Perak mahu khairy ditahan dbwh ISA begitu juga datuk ismail ahmad!! Apakah tindakan kita (UMNO) terhadap datuk TAN LIAN HOE. Kaum cina mula tunjuk belang tapi orang melayu masih tidur lena kini mereka minta jawatan timbalan pengerusi BN dgn alasan " Tiada perjanjian kursus bahawa timbalan pengerusi BN mestilah orang UMNO" Bangkitlah sahabatku sebelum MALAYSIA diambil mereka.



SUN 30 Okt 2008: Zalmi Wrote
Akum, apa dah jadi lepas cina, india pulak minta hapuskan 30% ekuiti bumiputera dlm senarai awam, esok2 apa lagi diaorang nak minta kalau kita org melayu tak buat sesuatu udah le kes datuk Tan senyap gitu je...




November 19, 2008. Saya mengambil masa membuka SMS yang ada dalam simpanan saya. Saya terharu dengan kepekaan dan semangat yang ditunjukkan oleh sahabat kita ini. lalu saya menjawab ringkas:


Zalmi, agak lambat saya membalas SMS kekecewaan saudara. UMNO dan ahlinya gagal untuk bingkas bangun melawan cabaran dari bangsa lain maupun dari rakan komponen kerana `UMNO dan Melayu terkena sindrom `paralysis'. Sindrom ini kerana akibat dari segala toksik atau segala keracunan telah meresap kedalam batang tubuh UMNO hingga tidak lagi peka dan berupaya untuk bangun. Toksin yang meracun UMNO kini telah menjadikannya sebati dan ketagih. lihat saja toksid rasuah wang pemilihan kepimpinan UMNO. Maka kita amat payah untuk mengerakkan UMNO yang sudah terlalu leka dan terperosok dalam dunia toksidnya... HzY

Tuesday, November 11, 2008

Obama Presiden Darah Campuran Pertama AS

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


PADA hari Rabu, 5 November saya singgah minum teh tarik dan roti bakar di sebuah kedai kopi Cina di Kuala Kangsar, berhampiran menara jam (clock tower), setelah mengikuti siaran langsung kemenangan Barack Hussein Obama II dalam pilihan raya Presiden Amerika.Kedai lama ini adalah antara kopitiam tradisional kegemaran saya. Roti bakar dan mi/mihun kicapnya cukup lazat. Kedai lama macam ini mana ada logo halal. Tapi separuh pekerja dan pelanggannya Islam, jadi kira halallah.Apabila saya membuka komputer riba (laptop) saya untuk melayari Internet, salah seorang pekerja Cina kedai itu bertanya sama ada Obama menang. Saya kata ya. Dia nampak cukup gembira dan dalam bahasa Cina menghebahkan berita itu.Banyak blogger turut gembira dan menulis mengenai kemenangan Obama. Saya pun turut gembira kerana pada awalnya saya tidak yakin Obama dan parti Demokrat boleh memang.Tetapi beliau memang besar dan mencipta sejarah sebagai orang bukan kulit putih pertama dipilih Presiden. Tetapi ramai pelapor dan pengulas melakukan kesilapan apabila melabelkan Obama sebagai orang kulit hitam atau orang Negro.Obama bukan orang kulit hitam atau Negro. (Negro dalam bahasa Sepanyol (Spanish) dan Portugis bermaksud hitam, justeru itu orang kulit hitam daripada perkataan Latin Niger.) Dia berdarah campuran. Ibunya seorang kulit putih Amerika dan bapanya seorang kulit hitam Kenya.Bapanya bernama Barack Hussein Obama, dari suku Luo. Hari ini kebanyakan anggota suku kaum Luo beragama Kristian walaupun ada juga yang beragama Islam.
Saya bertanya Yahoo search (pencarian Yahoo) adakah Barack Hussein Obama Sr beragama Islam? Jawapannya: “Obama Sr. was raised as a Muslim, but later became an atheist.” (Obama Sr. dibesarkan sebagai seorang Muslim, tetapi kemudiannya menjadi seorang atheist.) Atheist didefinisikan sebagai seorang yang tidak percayakan Tuhan atau menolak kewujudan Tuhan.Ibunya seorang wanita kulit putih Amerika bernama Ann Dunham dari negeri Kansas yang berdarah campuran Inggeris, Irish dan Jerman. Dia dikatakan seorang “agnostic” (orang yang mencurigai kewujudan Tuhan.) Obama pula adalah seorang penganut Kristian.Namun, bagi sebuah negara kulit putih yang menjadikan orang Negro hamba abdi yang boleh dijual-beli, dipaksa, diseksa dan diperkosa selama 400 tahun, kemenangan seorang berdarah campuran kulit putih dan kulit hitam adalah menakjubkan.Empat faktor bersekongkol untuk memberi kemenangan kepada Obama:-1. Karisma beliau yang menyerlah walaupun masih mudah dan baru empat tahun dalam politik kebangsaan Amerika sebagai Senator;2. Kebencian terhadap Presiden George W Bush dan parti Republikan, khasnya mengenai penaklukan Iraq;3. Krisis ekonomi yang melanda Amerika (dan dunia) bermula dengan krisis sub-prima akhir tahun; dan4. Peningkatan pendaftaran pengundi muda dan pengundi kali pertama, khasnya apabila Obama memang pencalonan parti Demokrat.Kemenangan Obama mengingatkan saya kepada Douglass Dilman, watak utama dalam novel “The Man” (1964) karya Irving Wallace.Dilman, seorang kulit hitam, menjadi Presiden Amerika apabila Naib Presiden mati dan Presiden serta Speaker Dewan Perundangan terbunuh dalam kemalangan ketika melawat ke luar negara. Ini menyebabkan kuasa pewarisan jatuh kepada Dilman yang memegang jawatan Presiden Pro Tempore Senat.Ironinya, Wallace menulis buku itu setahun sebelum Kongres meluluskan Akta Hak Mengundi 1965 (Voting Rights Act) yang memberi hak mengundi sejagat kepada orang kulit hitam.Sebelum wujud akta itu, pelbagai helah dilakukan, khasnya di negeri-negeri di selatan Amerika, bagi menyekat orang kulit hitam daripada menjadi pemilih dan membuang undi.Walaupun Amerika merdeka pada tahun 1776, namun orang Negro terus menjadi hamba abdi dan dinafikan hak asasi mereka sehingga tahun 1960an apabila berlaku Pergerakan Hak Sivil (Civil Rights Movement) orang kulit hitam yang dipelopori oleh Dr Martin Luther King yang terkenal dengan slogannya “I have a dream”.Pada waktu itu, rakyat pelbagai kaum, asal keturunan dan agama di negara kita sudah pun menikmati hak asasi manusia dan hak mengundi sejagat.Orang Afrika Amerika, sebagai kaum minoriti, masih miskin dan terpinggir berbanding kaum majoriti kulit putih. Kadar kemiskinan di kalangan mereka adalah 24.7 peratus pada tahun 2004.Berlainan halnya dengan di negara kita di mana kaum minoriti sejak merdeka lagi diberikan kuasa politik dan mendahului kaum majoriti dalam aspek pemilikan kekayaan hinggalah ke hari ini.Jadi eloklah kita dalami dan fahami sejarah negara kita terlebih dahulu sebelum kita membuat perbandingan dengan Amerika dan terlalu taasub dengan kemenangan Obama.Lagipun, ada pengulas mengatakan Obama mungkin lebih “dingin” terhadap isu orang kulit hitam dan kaum minoriti dalam usahanya menampilkan dirinya sebagai Presiden berdarah campuran yang adil kepada semua pihak

Thursday, August 28, 2008

PERMATANG PAUH PASCA PILIHANRAYA KECIL

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Dipetik dari Chedet.com. tulisan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohammad berikutan kekalahan BN di Permatang Pauh.


PERMATANG PAUH

1. Apa yang telah dijangka sudah pun berlaku.

2. Anwar menang.
3. Barisan Nasional kalah.
4. Saya biasa menulis berkenaan dilema Melayu. Saya percaya dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ramai yang berada dalam keadaan serba salah. Bukan sahaja Melayu tetapi juga bukan Melayu.
5. Ramai pengundi tidak ingin undi bagi Dato Seri Anwar. Tetapi mereka juga tidak ingin undi Barisan Nasional. Calon Barisan Nasional baik tetapi kalau beliau menang maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dakwa yang dirinya menang, dakwa yang sokongan kepada Barisan Nasional iaitu pada dirinya sudah kembali, dakwa Barisan Nasional telah dipulih dibawah kepimpinannya.

6. Saya percaya dengan berat hati penyokong-penyokong Barisan Nasional telah undi PKR supaya Dato Seri Abdullah akan sedar yang kepimpinannya tidak dikehendaki lagi.
7. Wang yang banyak telah ditabur atau dijanji akan ditabur. Pekerja Barisan Nasional dibayar saguhati. Calon yang diletak sesuai juga. Apakah yang tidak kena dengan Barisan Nasional sehingga pengundi memberi kelebihan undi yang lebih banyak dari bulan Mac kepada Dato Anwar yang enggan bersumpah.
8. Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
9. Tetapi ahli UMNO daripada pemimpin lain UMNO perlu sedar dan faham mesej daripada pengundi Permatang Pauh. Sejak Mac 2008 sokongan kepada UMNO dan BN bukan pulih tetapi merosot.
10. Kamu boleh terus sokong Dato Seri Abdullah sebagai Presiden parti. Tetapi rakyat tidak akan sokong UMNO kerana UMNO sudah jadi alat Dato Seri Abdullah dan keluarganya. Apabila datang pilihanraya ketiga belas rakyat akan jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional kerana hanya dengan cara ini sahaja rakyat akan dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah.
11. Malang bagi UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak sanggup bertindak, rakyat terpaksa bertindak.
12. Untuk pulihkan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah perlu bertanggungjawab dan letak jawatan sekarang. Ini akan memberi masa empat tahun bagi pemimpin-pemimpin UMNO berusaha untuk menarik balik penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jika ditunggu hingga Jun 2010 masa yang tinggal untuk pemulihan hanyalah 2 tahun; terlalu pendek untuk kerja yang berat ini.
13. Pilihan bagi UMNO hanya dua. Setia kepada Dato Seri Abdullah dan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 atau setia kepada UMNO lebih daripada setia kepada Dato Seri Abdullah dengan kemungkinan menang Pilihanraya Umum ke-13.
14. UMNO perlu ingat undi daripada ahli-ahli setianya sahaja tidak mencukupi untuk mendapat kemenangan. Untuk menang calon UMNO perlu undi orang bukan ahli parti dan orang Cina dan India. Dalam keadaan sekarang, dalam keadaan UMNO dan Kerajaan di pimpin oleh Dato Seri Abdullah tidak mungkin orang bukan daripada parti UMNO dan orang Cina dan India akan beri kemenangan kepada calon UMNO atau Barisan Nasional. Bahkan ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pimpinan Dato Seri Abdullah pun tidak akan undi UMNO dan Barisan Nasional.
15. Saya percaya akhbar dan TV arus perdana akan putar cerita pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk menyedapkan hati pemimpin UMNO dan Dato Seri Abdullah. Justeru itu pemimpin, terutama Dato Seri Abdullah akan yakin yang dianya dikehendaki untuk pulih semula parti. Dan UMNO pun akan terus pilihnya dengan sebulat suara pada bulan Disember. Dan akan merosot lagilah UMNO dan Barisan Nasional.
16. Dengarlah, lihatlah apa yang dipertunjukkan oleh pengundi Permatang Pauh. Mereka tidak undi untuk Dato Seri Anwar dan PKR. Mereka undi untuk mengalahkankan Barisan Nasional dan UMNO.
17. Kelebihan undi bagi Dato Seri Anwar berbanding Mac 2008 tentulah kerana dalam jangka hanya lima bulan sokongan kepada BN dan UMNO merosot lagi.
18. Nak tunggu sampai bila wahai ahli UMNO, sebelum kamu sedar akan perlunya kepimpinan Dato Seri Abdullah ditamatkan?

>>> Berakhir


HzY- Elok juga direnung-renungkan.

Tuesday, June 10, 2008

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


"The system should be discontinued although it has been practiced for so long because in the Umno Constitution, every member has the right and free to contest any post.

"In a democratic system, there is no specific number of nominations required for a person to qualify to contest in an election," he said.

Under the present quota system, candidates wishing to vie for the Umno president's post must obtain 30 per cent nominations from the party's 191 divisions while the deputy president's post requiring 20 per cent nominations, vice-president (10 per cent) and supreme council member (five per cent).
Muhyiddin said it might not be possible to scrap the system at the moment as it would require all divisions to call for a general meeting, with half of them agreeing to hold extraordinary meetings to propose for its removal.

"Only a handful of divisions had convened the meeting and this does not comply with the conditions stipulated in the party's constitution. The supreme council has the power to scrap the system but this has not happened, probably because some members still feel the system is necessary.


Tuesday, May 27, 2008

MISI PUTERI 2013 - Hearts & Minds


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]



Bertarikh 24 Mei 2008 dan bertempat di Bangunan UMNO Negeri Perak, Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak telah mengambil satu inisiatif untuk menawan semula Perak dari tangan pembangkang. Antara VVIP yang hadir dalam program ini ialah YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu serta rombongan, dan juga YB. Dato' Seri DiRaja Mohd. Tajol Rosli Ghazali selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak. Di dalam program ini, Ahli-ahli Puteri diberi penerangan oleh YB. Dato' Seri Idris Jusoh cara-cara yang telah dilakukan oleh Terengganu untuk merampas semula Terengganu dari PAS pada tahun 2004. Beliau telah memberi tempoh selama 4 tahun bagi proses ini iaitu:-


1) Tahun Pemulihan

2) Tahun Pengukuhan

3) Tahun Penilaian

4) Tahun Tawan Kembali


Melalui program ini, adalah diharapkan UMNO Negeri Perak akan bergerak lebih awal dalam mengadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang. Dan diharap juga agar semua pihak tidak kira pemimpin ataupun ahli UMNO tidak terlalu merasa selesa dengan keadaan yang dihadapi kerana kita mungkin sekali lagi akan menghadapi kejutan dan terus menghadapi trauma akibat kekalahan kepada pihak pembangkang.

Monday, May 26, 2008

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Bacalah.... manalah tau.....boleh memberi sedikit maklumat

http://aziziabdullah.blogspot.com/search?updated-min=2008-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2009-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=10

Saturday, May 24, 2008

Pedra Branca & Terra nullius

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Kalau takut dilanda badai
Patah balik mengelak padah
Pedra Branca sudah tergadai
Terra nullius bertuan sudah.

Duduk termenung di tepi tasik
Sambil memancing siikan lampan
Batu Puteh milik Temasik
Hakikat KALAH itu jawapan.

Tanam tembikai tumbuh melata
Subur menghijau di tepi kali
Tangis berdarah sekalipun buta
Tanah tergadai takkan kembali.

Alahai.


HzY- Dari awal tak expect menang, bukan apa sebab Malaysia Boleh!!.. Boleh Apa? Boleh Kalah? But Sinagapore practiced `Kiasu' [Tak Boleh Kalah]

Thursday, May 15, 2008

APA KATA TUN DR. MAHATHIR - BACALAH


[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Pandangan TDM ini patut dibaca secara terbuka, rasional dan kritis. Sebagai ahli UMNO, saya berpandangan terdapat elemen penting dari kenyataan TDM, walaupun barangkali beberapa perkara harus diteliti akan kewajaran kata-kata beliau. Komen pembaca dialu-alukan.


Artikel ini yang penulisan asalnya di dalam Bahasa Inggeris telah disiarkan akhbar The Sun pada keluaran 9hb Mei, 2008

1. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj, ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya salah. Ada banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh mereka.
4. Tetapi soalnya, kenapakah mereka berbuat demikian? Ahli UMNO selalunya amat setia terhadap parti mereka. Mereka tidak akan mengundi pembangkang, terutamanya PAS dan DAP. Tetapi di dalam Pilihanraya Umum 2008, mereka buat demikian. Bagaimana pembangkang boleh menang jika mereka tidak mendapat undi penyokong Barisan Nasional? Kekurangan jumlah undi pada calon Barisan Nasional hampir sama jumlahnya denganpeningkatan undi untuk parti pembangkang.
5. Selama 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum, ahli UMNO dan rakyat Malaysia secara purata tidak pernah gagal menyokong UMNO mahupun Perikatan/Barisan Nasional. Kecuali pada tahun 1969 apabila orang Cina tidak memberi sokongan mereka, Perikatan dan Barisan Nasional menang dua-pertiga majoriti tiap kali.
6. Tunku Abdul Rahman (kecuali Pilihanraya Umum tahun 1969), Tun Razak, Tun Hussein Onn, dan saya sendiri tidak pernah gagal menang lebih dua-pertiga majoriti. Sudah tentu kami tidak pernah menyalahkan ahli parti kerana sabotaj. Tetapi Dato Seri Abdullah mengakui bahawa dirinya telah disabotaj oleh ahli UMNO.
7. Ahli UMNO tidak mahu parti mereka kalah. Tetapi mereka rasakan perlu untuk hantar mesej kepada Dato Seri Abdullah dan konco-konconya yang hanya berminat untuk mengiakan setiap apa yang dia katakan. Mereka (ahli UMNO) tidak boleh meluahkan perasaan mereka kerana semua jalan telahpun tertutup. Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO dipilih kerana mereka tidak akan mengkritik Presiden. Anak saya Mukhriz apabila menyatakan tidak ada benda baru yang disampaikan presiden parti dalam ucapan 2006 telah dipanggil oleh Jawatankuasa Pemuda, dimarahi dan diarah untuk memilih antara bapanya dan Presiden.
8. Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinet dipenuhi "Yes-Men" yang tidak pernah menyuarakan ketidakpuasan hati ahli UMNO di peringkat akar umbi. Ahli UMNO diugut tindakan disiplin jika mendengar ucapan sesiapa yang tidak mendapat restu atau kelulusan Presiden. Ini termasuk saya. Polis dan UMNO Negeri akan memanggil pihak yang menjemput saya dan diarah menarik balik jemputan mereka.
9. Apabila ahli UMNO tidak dapat menyuarakan pendapat sebenar mereka berkenaan Kerajaan, hanya terdapat satu cara sahaja bagi mereka untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka, iaitu dengan undi mereka dalam Pilihanraya Umum. Undi secara dasarnya adalah rahsia. Begitu takutnya pengundi UMNO ini akan orang lain mengetahui tentang niat mereka, maka mereka tidak mendedah kepada sesiapapun niat mereka untuk mengundi pembangkang. Begitulah sehinggakan tiada siapa dapat meramal dengan tepat peralihan sokongan yang besar yang berpihak kepada pembangkang.
10. Sesetengah ahli UMNO masih tidak sanggup mengundi pembangkang. Oleh itu mereka sengaja rosakkan undi mereka. Terdapat 300,000 undi rosak, satu angka yang mungkin terbesar dalam sejarah pilihanraya. Tak mungkin setelah 50 tahun dan 11 Pilihanraya Umum pengundi masih lagi tidak tahu bagaimana nak mengundi.
11. Mungkin kerana saya pengundi UMNO berbuat demikian. Saya telah menyeru ahli UMNO untuk mengundi calon yang terbaik dan bukan hanya parti. UMNO boleh meletakkan calon yang benar-benar baik tetapi walaupun Presiden memberi jaminan yang semua calon bersih dan berkelayakan, mereka kalah. Ini kerana calon tidak baik dan ini mengganti calon yang berjaya atau "giant killers" yang telah berjaya pada pilihanraya lalu. Kebanyakan calon payung terjun muda dan ahli UMNO marah kerana mereka syak calon muda ini dipilih oleh orang tertentu. Buatlah satu kajian untuk tentukan berapa ramai calon baru ini yang kalah.
12. Kepimpinan parti percaya yang ahli UMNO akan undi siapa sahaja yang dipilih oleh kepimpinan parti. Kepimpinan salah apabila memiliki pendapat ini.
13. Pengundi UMNO begitu sekali marah hinggakan mereka sanggup undi calon pembangkang yang bukan sahaja tidak layak dari segi akademik, tetapi tidakpun berpengalaman.
14, Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, terutamanya Dato Seri Abdullah patut terima kenyataan. Pengundi tidak menolak atau sabotaj Barisan Nasional tanpa sebab. Pada tahun 2004 pengundi belum lagi dapat menilai kepimpinan Dato Seri Abdullah. Jadi tidak ada sabotaj. Tetapi pada 2008 mereka telah dapat melihat siapa sebenarnya Dato Seri Abdullah. Dan mereka tidak suka apa yang mereka lihat.
15. Perkara pertama yang dilakukan selepas menjadi Perdana Menteri ialah untuk membawa masuk ahli keluarganya secara tidak rasmi ke dalam pentadbiran Kerajaan. Beliau boleh menafikannya tetapi orang ramai tahu akan kegiatan Khairy Jamaluddin dan Kamaluddin Abdullah serta konco-konconya termasuk budak-budak Tingkat Empat. Mereka sering turut serta dalam mesyuarat rasmi Kerajaan dan apabila Perdana Menteri mengadakan perjumpaan.
16. Kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO menaikkan kebencian ramai. Jika veteran parti dengan rekod perkhidmatan yang lama yang menang tanpa bertanding tidak ada sesiapa yang akan membantah. Tetapi Khairy berada dalam UMNO kurang dari lima tahun dan tidak pun mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di dalam UMNO. Bagaimana dia boleh menang tanpa bertanding?
17. Pengambilalihan Scomi oleh Kamaluddin timbulkan tandatanya. Seorang pemegang saham terbesar Scomi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dia masih lagi ditahan. Pada waktu yang sama Scomi menang banyak kontrak yang melibatkan kelulusan Petronas.
18. Scomi juga telah mengambil-alih M-Trans baru-baru ini kerana sistem monorel telah dicadangkan untuk Pulau Pinang. Keputusan juga dijangka dibuat untuk meneruskan projek monorel Putrajaya.
19. Setelah berjanji ketelusan dan pengagihan kontrak melalui tender terbuka, Kerajaan terus memberi kontrak yang besar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), dan selalunya sebelum Unit Perancang Ekonomi dapat membuat penilaian dan perancangan. Tidak ada tender. GLC ini tidak punyai kemampuan untuk menjalankan projek-projek ini. Ianya kemudian akan di sub-kontrak kepada kontraktor-kontraktor yang tiada sesiapa pun tahu. Dipercayai bahawa harga kontrak ditingkatkan melebihi harga jangkaan asal.
20. Kalimullah Masheerul Hassan dan ECM-Libra tiba-tiba menjadi begitu terkenal. Kalimullah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Kerajaan. Sebuah syarikat Kerajaan yang besar, Avenue Assets digabungkan dengan ECM-Libra yang rendah nilai sahamnya. Tetapi nilai saham Avenue Assets sengaja diturunkan supaya ECM-Libra dapat menguasai syarikat gabungan ini.
21. Kalimullah juga berpengaruh kerana dianya adalah timbalan pengerusi eksekutif New Straits Times Press dan mempunyai suara yang besar di dalam bilik berita New Straits Times. Oleh itu Dato Seri Abdullah sentiasa dipaparkan dalam keadaan yang amat baik. Cerita yang menonjolkan Abdullah akan mendapat kelulusan untuk disebar meluas.
22. Malang bagi Abdullah, dia mula mempercayai cerita-cerita ini dan menyangka yang dia benar-benar popular. Oleh sebab itu dia telah mengadakan pilihanaya awal menyangkakan yang dia akan sapu bersih. Dia tidak menjangkakan yang pengundi menolak kepimpinannya. Tetapi dia masih lagi bertegas bahawa dia menang.
23. Di awal pemerintahannya dia memutuskan untuk tidak meneruskan apa yang dikatakan "mega projeck" yang saya sendiri telah mulakan. Itu haknya. Yang tidak betul dan apa yang membuatkan orang berfikir yang dia sebenarnya berdendam adalah cadangan yang mengatakan saya membuang duit ke atas banyak "pet" projek saya sehinggakan Kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk meneruskannya. Sebenarnya orang tahu bahawa projek-projek berkenaan amat diperlukan. Bayangkan Malaysia tanpa KLIA, Stesen Sentral, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan, projek rel-keretapi berkembar dan elektrik, LRT, monorel Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, lebuhraya bertol, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Litar lumba Formula 1, Menara KL dan lain-lain
24. Saya tidak akan sebutkan berkenaan perkara-perkara yang dilakukannya yang menyentuh diri saya dan umumnya tidak diketahui orang ramai. Ini kerana pengundi tidak mungkin dipengaruhi perkara ini.
25. Tetapi apa yang diketahui ialah reaksinya terhadap kritikan saya berkenaan APs (Approved Permits) dan keputusan untuk tidak membina jambatan bengkok di Johor. Dia dan menteri-menterinya menghina saya di khalayak ramai dan di satu ketika hendak melucutkan saya daripada keahlian parti. Datuk Seri Nazri Aziz terutamanya, amat biadap.
26. Rakyat juga tahu bahawa dia dan rakan-rakan Kabinetnya, yang kebanyakannya adalah lantikan saya amat tidak mengenang budi. Rakyat juga tahu bahawa jika bukan kerana saya Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri hari ini. Begitu juga kebanyakan yang lain yang dilantik Menteri oleh saya. Mereka dahulunya merupakan penyokong kuat saya, cium tangan saya dan menangis apabila saya meletakkan jawatan. Sekarang mereka menentang saya dan menghina saya dengan cara yang amat tidak sopan. Saya tidak tersinggung kerana ini tetapi saya fikir orang ramai anggap perangai sebegini amat buruk.
27. Ketakutan yang Abdullah semaikan dalam diri Menteri-Menterinya, ahli Majlis Tertinggi UMNO dan kepimpinan UMNO yang lain begitu hebat sekali sehinggakan tiada yang sanggup berdiri mempertahankan saya ataupun untuk mempertikaikan apa yang Abdullah dan rakan-rakannya kata..
28. Jika Singapura tidak bersetuju untuk membina jambatan lurus melainkan pasir dijual kepadanya, kita sepatutnya boleh teruskan pembinaan jambatan bengkok kerana ianya tidak ada kena-mengena dengan Singapura. Tetapi kerana marahkan penolakan rakyat Johor terhadap usaha menjual pasir dan kebenaran bagi jet pejuang Singapura melintasi ruang udara Johor, Abdullah telah batalkan pembinaan jambatan bengkok. Kenapa?
29. Saya percaya ianya kerana 1 billion meter persegi pasir yang dia mahu jual kepada Singapura tetapi dibantah Johor. Ada orang yang akan mendapat untung hingaa satu bilion Ringgit dalam masa 20 tahun dari penjualan pasir. Singapura bersedia membeli pasir pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran kerana tanah yang ditambak akan dijual pada harga antara 3,000-5,000 dolar Singapura satu kaki persegi.
30. Bantahan Johor adalah kerana perlombongan pasir dasar laut akan menyebabkan hakisan pantai, kemusnahan kawasan pembiakan ikan dan akan menyebabkan nelayan Johor kehilangan kawasan menangkap ikan. Royalti yang akan dikutip Johor juga tidak terbanding dengan keuntungan yang diraih Singapura dengan mejual tanah tambak.
31. Terdapat beberapa perkara lain yang dilakukan Abdullah yang orang tidak suka. Ini termasuk isu pengeluaran AP, penjualan MV Agusta, masalah bangunan CIQ Johor Baru, pembatalan projek landasan berkembar dari Johor Baru ke Padang Besar, masjid kristal di Terengganu, Monsoon Cup, koridor-koridor serta pengubahsuaian Seri Perdana.
32. Banyak juga perkara yang tidak popular yang dilakukan Dato Seri Abdullah yang telah menyisihkan ahli serta pengundi UMNO dan Barisan Nasional secara umumnya. Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan kerana prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional, dianya adalah Dato Seri Abdullah sendiri. Ini adalah pendapat majoriti kebanyakan rakyat Malaysia. Jika mereka diberi kebebasan bercakap, inilah yang akan mereka katakan.
33. Walau bagaimana pun beliau menolak yang beliau adalah punca segala-galanya. Walau betapa ramai orang yang beliau salahkan, beliau tidak boleh menerangkan kenapa malapetaka yang melanda UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan Barisan Nasional ini tidak pernah berlaku dibawah empat Perdana Menteri yang terdahulu, tetapi hanya berlaku dibawah pentadbirannya. Dia tidak boleh menerangkan kenapa berlaku sabotaj oleh ahli UMNO dan parti komponen pada tahun 2008 sedangkan sebelum ini mereka amat setia dan tidak pernah gagal memberi Perikatan dan Barisan Nasional kemenangan dua-pertiga majoriti di Parlimen dan kemenangan di hampir semua negeri-negeri.
34. Jika Dato Seri Abdullah berdegil tidak mahu mengundur diri dan jika dia cuba untuk mengenepikan usaha peralihan kuasa sebelum Pilihanraya Umum akan datang, pengundi serta ahli parti yang meluat dengannya akan tentukan Barisan Nasional dikalahkan di peringkat Pusat dan Negeri sebagai satu cara untuk menyingkir beliau dan mengakhiri tempohnya sebagai Perdana Menteri.
35. DAP dan PAS akan tentukan Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri hingga Pilihanraya Umum seterusnya kerana serupa seperti 2008, pengundi Barisan Nasional yang menyampah dengan BN akan meyokong pembangkang. Kemarahan Karpal Singh terhadap serangan saya ke atas Dato Seri Abdullah ialah kerana saya mungkin menyebabkan Dato Seri Abdullah undur diri. Dengan ini DAP dan parti pembangkang yang lain akan kehilangan satu orang yang tentunya akan menolong mereka menang. Ini akan menjadi realiti sekiranya PAS dan DAP berjaya mediri Kerajaan yang baik bagi Negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.
36. Apabila ini terjadi maka tidak akan ada apa-apa lagi harapan bagi UMNO untuk kembali berkuasa.
37. Seperti yang saya katakan, saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional. Sebabnya ialah jika Dato Seri Abdullah menang besar beliau akan terus mengabaikan objektifnya untuk UMNO dan untuk kesejahteraan Malaysia.
38. Saya akan anggap diri saya sebagai pengkhianat bangsa jika saya biarkan ini berlaku. Dan mereka yang terus menerus mengampu Dato Seri Abdullah akan menjadi pengkhianat negara, bangsa dan orang Melayu serta agama mereka juga.
39. Akhirnya, analisa menunjukkan yang bertanggunjawab bagi kekalahan yang dialami Barisan Nasional ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Jika dia mahu menebus dirinya dan bantu pulihkan UMNO dan BN dia harus meletak jawatan dan biarkan kerja-kerja pemulihan dijalankan oleh pihak lain. Selagi dia terus kekal Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, pemulihan adalah mustahil.


HzY- Kenyataan TDM ini menggambarkan seolah-olah wujud ketidakpuasan beliau dalam respon PakLah. Seperti yang kita ketahui, TDM seorang yang radikal dalam tindakannya. usahanya untuk mendesak PakLah melepaskan jawatn nampaknya disambut dingin oleh PkLah dan pembesar-pembesar UMNO. Tidak mustahil TDM sendiri akan melucutkan keterikatannya dalam UMNo sebagai langkah protes beliau. jika ini berlaku, ianaya akan membentuk mementum baru yang lebih menggusarkan. Komen & Kritik di alu-alukan.

Monday, May 12, 2008

Sepetang Bersama Puteri Bahagian

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Tanggal 11 Mei 2008 merupakan tarikh yang dirasakan memberi pelbagai pengertian. Sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke 62 telah diadakan di PWTC pada tarikh berkenaan. Hari Ibu yang disambut oleh pelbagai pihak di merata-rata tempat juga turut diadakan pada tarikh berkenaan. Pada tarikh yang sama, Pergerakan Puteri UMMNO Bahagian Sungai Siput juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Jamuan Makan Hi Tea kepada semua petugas-petugas Puteri yang telah menjalankan tugas mereka sepanjang Pilihanraya Umum yang Ke 12 tidak lama dahulu. Jamuan ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas ini yang sanggup menghabiskan masa mereka bagi memastikan tugasan yang diberi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.



Pada 11 Mei 2008, jam 3.00 petang bertempat di Hotel Excelsior, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput telah mengambil mengumpul seramai 36 orang Ahli Puteri yang terdiri dari Puteri Cawangan dan AJK Puteri Bahagian.


Tujuan angah menulis ni bukan lah semata-mata untuk memberikan laporan aktiviti yang diadakan. Cuma apa yang ingin angah sampaikan, intipati yang disampaikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian dalam diskusi yang diadakan sebagai selingan program tersebut. Antara lain, beliau menyentuh mengenai jumlah undi yang diterima oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang lalu. Barisan Nasional hanya menerima 48% undi dari keseluruhan undian yang dibuat walaupun Barisan Nasional telah memenangi 140 kerusi Parlimen. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya, pengundi-pengundi di Malaysia telah memberikan satu petanda bahawa mereka mahukan perubahan yang drastik dari kepimpinan yang ada dalam Kerajaan Malaysian.


Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai kepimpinan UMNO serta pemilihan yang diadakan pada tahun ini. Namun, angah pasti, apa yang disampaikan oleh S/U Bahagian tidak sampai kepada puteri-puteri di peringkat bawahan ini. Pada pandangan angah, puteri-puteri di peringkat bawahan ini bukanlah individu atau kumpulan yang berminat dengan situasi politik semasa. Mereka lebih memahami dengan kerja-kerja yang diberikan atau aktiviti yang dijalankan dan bukan politik itu sendiri.


Cuma apa yang sering angah lakukan, menyelitkan sedikit situasi serta memberikan maklumat melalui salinan-salinan kertas atau pamplet semasa Mesyuarat Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. Melalui ucapan-ucapan di dalam mesyuarat ini, sedikit sebanyk puteriputeri cawangan akan memahami apa yang berlaku tanpa mereka sedari itu adalah situasi politik semasa.


Namun begitu, harapan angah amat besar sekiranya di antara puteri-puteri cawangan ini yang dapat menjadi pengganti Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian yang ada sekarang ini kerana tidak ramai yang boleh memberikan komitmen yang sebenar-benarnya dan menggerakkan semua yang ada di dalam Pergerakan ini. Adalah diharap juga, semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam merealisasikan impian ini kerana UMNO lah satu-satunya parti politik yang benar-benar berjuang demi Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.

Friday, May 9, 2008

Sesekali Apa Salahnya Kita Menangis



[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]




This is my first post in this blog. Angah tertarik untuk menulis pada pagi ini setelah membaca IBUKU PEMBOHONG.




Mungkin disebabkan hujung minggu ini merupakan Hari Ibu, jadi topiknya bagai menarik angah untuk menulis tentang ibu. Mungking juga disebabkan angah kini tidak bekerja (untuk sementara waktu) angah lebih rapat dengan ibu. Rutin harian semenjak tidak bekerja ini, pagi-pagi subuh, riuh dengan suara anak-anak saudara dan ibunya yang akan pergi ke sekolah. Ibu bangun awal untuk solat subuh. Baca Al-Quran, pergi ke dapur, kemas pinggan mangkuk, dan setelah berpeluh-peluh (ibu angah pernah 2 kali kena strok,jadi kerjanya lambat) dia akan mandi dan duduk di hadapan televisyen untuk menonton rancangan pagi bersama-sama angah. Sambil-sambil itu, angah akan membasuh kain, menyidai kain, membuat air Teh (minuman wajib di waktu pagi) menyapu sampah, mandi, dan makan pagi sebelum ke Pejabat UMNO Bahagian pda pukul 9.30 pagi.




Sepanjang dua bulan, angah tidak bekerja tidak terdengar langsung ibu merungut-rungut tentang angah yang tidak bekerja. Kadang-kala, sedih juga. Tidak dapat memberikan wang kepada ibu dalam masa tidak bekerja ni sebab dah biasa bagi setiap bulan.




Dan pagi tadi seperti biasa, angah melakukan rutin seharian sambil menyapu sawang (sebab dah lama tak buat). Ibu duduk di kerusinya sambil menonton televisyen. Tiba-tiba, telefon tangan angah berbunyi. Teman baik bertanya khabar. Dan seperti biasa, dia juga menanyakan Soal-soal politik di Sungai Siput. Angah merungut kepadanya tentang terdengar Jawatan Ketua Puteri Bahagian yang akan dipertandingkan menarik minat seseorang. Dengan kata lain, terdapat pertandingan bagi jawatan tersebut pada tahun ini. Seseorang yang tidak dikenali kecuali dia timbul semasa pilihanraya umum yang lalu.




Tidak dinafikan bapanya orang yang dikenali atau glamour. Sudah turun ke cawangan-cawangan dengar ceritanya. Teman baik angah bertanya, "Dia tu ok ke?". Tah la...tak tahu nak jawab. Nanti mengumpat pula. Akhirnya, perbualan itu tamat. Angah bersiap-siap untuk pergi ke Pejabat UMNO Bahagian seperti biasa. Tiba-tiba ibu bersuara, "Ada orang nak bertanding dengan Kak Yang ke? Siapa?" Angah pun jawab yang patut-patut. Ibu bukan kenal pun kalau angah beritahu nama orangnya.




Jawapan ibu hanya pendek, " Boleh ke dia buat macam mana Kak Yang buat? Kalau boleh, biar la dia nak ambil." Angah hanya terdiam. Ibu bukan seorang ahli politik. Tidak juga ahli UMNO dari mana-mana cawangan pun. Ibu pun tidak terlibat dalam mana-mana persatuan pun. Ibu hanya surirumah. Jarang bercampur gaul dengan jiran-jiran tambahan setelah ibu terkena strok sebanyak dua kali.




Jawapan ibu menyebabkan air mata berlinangan. Ibu boleh memahami...... kenapa orang lain tidak boleh memahami?

Thursday, April 24, 2008

Ibuku Pembohong

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Rakan UITM ada mengirim kisah Ibu. Sibuk dengan cerita politik... elok juga untuk ditatap sesekali kisah ibu ini. Relevennya sebab tiap dari kita tentunya ber`ibu' kalau pun mungkin sudah kehilangannya hari ini. Mungkin kisah ini tak menepati setiap individu, namun moralnya pasti sedikit sebanyak boleh digali. Bagi yang masih ber`ibu' jangan persiakan.



Ibuku PembohongMemang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.




Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.



Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.




Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.



Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.



Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


p/s. Teman kematian bapa, teman kechik lagi since 1979, bonda pulang kerahmutullah 1991. Masa tu baru habis ngaji.. baru start keroje. Kahwin pun belum lagi, anak sulong... dalam 2 tahun lepas itu, kalau beri ceramah & training.. teman secara spontan [by nature] selalu terselit-selit cerita, sepi dunia (lost driven) tanpa ibu.. walaupun sebenarnya kita tak sangat bergantung semasa hayatnya.. tapi spirit ber`ibu' itu besar maknanya. The intrinsic spirit drive my soul.. the lost is lost. Bagi siapa yang masih ber`ibu', jangan dicuaikan..




HzY





Wednesday, April 23, 2008

TEMUBUAL MAHATHIR DLM BBC

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Berikut adalah temubual Tun Mahathir dengan BBC.. Banyak perkara yang significant terhadap pendirian beliau dalam percaturan politik negara dan juga lihat kerektor beliau dalam menyanggah soalan yang sacartic dari pengacara.

Alihbahasa (sarikata) boleh membantu, tetapi bahasa yang digunakan agak kurang menepati maksud dan agak kasar.



Anda juga boleh pergi ke Bahagian 2 & 3 dengan klik ke Part 2, Part 3,
HzY

Tuesday, April 22, 2008

NICE COMMENT FROM SAMY

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

Sejak kalah di Parlimen P62 Sungai Siput, lama dah tak dengar cerita Abang Mie kita. Semalam sedang membelek-belek kat YouTube cari TDM punya speech kat Manchester, terjumpa the latest interview by Malaysiakini.Com with him... Nice comment on various issues.



Ada part yang sayu, bila dia kata siapa dia di mata TDM. Tapi jangan lupa... dia pernah berkata `to be an a politician is like to be an actor'.

HzY

Monday, April 21, 2008

Mahathir Menempelak Najib Sebagai Penakut

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]

K ali ini Tun M betul-betul sudah kecewa dengan Najib. Mari kita sama-sama lihat apa katanya...juga tentang Anwar Ibrahim sebagai 'Prime Minister in waiting...'

Tun M berkata dia mempunyai 'pertimbangan kedua' tentang anak arwah Tun Abdul Razak itu, yang menjadi gagal untuk bercakap benar tentang punca sebenar kekalahan BN.
Beliau mendakwa Najib "tidak cukup berani" untuk secara terus bercakap sesuatu yang tidak disukai oleh bossnya.

Ini kata-kata Negarawan Berjasa itu; “We see that he is a penakut (coward). He is always saying, ‘yes sir, yes sir, saya sokong, saya sokong (I support, I support).”
Bila Pak Lah berkokok mengatakan BN, kalah disebabkan sabotaj, Najib pakat main angguk tanpa berfikir kali kedua.

Dr.Mahathir menyebut contohnya, bila Najib memberinya sokongan penuh untuk Malaysia membina jambatan ke Singapura meskipun Republik itu tidak bersetuju. Tapi Najib dengan tiba-tiba menukar fikirannya apabila Pak Lah membuat keputusan menentang projek itu, tambahnya.
“I believe he should rightly explain the real reasons for Barisan’s losses in the election,” Tun M bercakap bila ditanya tentang sebab untuk beliau menukar fikiran tentang Najib, selepas memberi ucapan berkenaan “Malay, Malaysian and Malaysia: Challenges Ahead” diUniversity of Manchester; Sabtu lepas.

Bekas PM Malaysia selama 22 tahun itu, pada awal bulan ini telahpun menarik balik sokongannya kepada Najib untuk menggantikan Pak Lah, tetapi tidak memberi sebab mengapa berbuat demikian.

“I’m not so confident (about him taking over as prime minister). Even so, it all depends on Umno to appoint the person to be prime minister.

“Najib will have to face competition from others such as (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, (Datuk Seri Dr) Rais Yatim, you never know.”

Beliau bagaimanapun berkata jika Abdullah berhenti ia akan membuka jalan peralihan yang licin bagi Najib selaras Tradisi UMNO.

Tun juga merasakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah satu-satunya calon bagi PM, jika Pakatan Rakyat menang kelak.
Beliau percaya terdapat calon lain juga,turut berkata PAS juga mengharapkan jawatan itu, sementara Guan Eng boleh dilihat penting juga.

“Anwar thinks he will be prime minister. It’s not that they loved him but it’s a marriage of convenience,” beliau menambah.

Berkenaan pelan cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan bayaran ex-gratia kepada 6 Hakim senior, Dr. Mahathir mendakwa itu hanya bersifat gerakan politik untuk mengembalikan populariti kerajaan.

Beliau berkata, tiada sebab untuk membayar ganti rugi kerana semua dilakukan itu menurut undang-undang.

“If they can show me the removal of (former Lord President) Tun Salleh Abas was against procedures prescribed by the law, please let me know," katanya.

(Ditulis serta terjemahan secara 'bebas' berdasarkan laporan asal suratkhabar 'The Star' bertajuk Dr M: Najib should not be PM by Choi Tuck Wo - Monday April 21, 2008
Dialog inggeris dikekalkan supaya tidak lari dari maksud sebenar.)

HzY

AHLI PARLIMEN YANG MENCUAIKAN TANGGUNGJAWAB RAKYAT YANG MEMILIH MEREKA

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum. ]

Seramai 29 ahli parlimen telah gagal mengemukakan sebarang pertanyaan kepada kerajaan sempena Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke 12 bermula 28 April ini.

Menurut laporan masing-masing ahli Dewan Rakyat samada dari BN atau pun Pakatan Rakyat telah pun diberikan notis untuk mengemukakan soalan-soalan mereka selewat-lewatnya sebelum 8 April.

Senarai Ahli Dewan Rakyat yang telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka membawa suara rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil :

Barisan Nasional
Abd. Rahman bin Bakri - Sabak Bernam.
Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah - Igan.
Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin - Besut.
Ahmad Lai bin Bujang - Sibuti.
Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman - Kimanis.
Abit Joo Hulu - Rajang - BNDing Kuong Hiing - Sarikei.
Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis - Rompin.
Dato’ Dr James Dawos Mamit - Mambong.
Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad - Kangar.
Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah - Mukah.
Dato’ Seri Rafidah binti Aziz - Kuala Kangsar.
Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas - Gading.
William @ Nyallau Anak Badak Lubok - Antu.
Datuk Haji Yusoff Bin Mahal - Labuan.

DAP
Charles Anthony a/l R Santiago - Klang.
Er Teck Hwa - Bakri.
Hiew King Cheu - Kota Kinabalu.
John a/l Fernandez - Seremban.
Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy - Batu Kawan.

KeADILan
Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat.
Haji Ahmad Kassim - Kuala Kedah.
Chua Tian Chang - Batu.
Gobalakrishnan a/l Nagapan - Padang Serai.
Dato’ Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang.
Manikavasagam A/L Sundaram - Kapar.
Dato’ Rashid Bin Din - Merbok.
William Leong Jee Keen - Selayang.
Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad - Hulu Selangor.

Wakil PAS telah menjalankan tugas mereka dengan penuh bertanggungjawab. Tahniah.

Rakyat mahukan wakil rakyat di parlimen yang bekerja dengan cdkap dan berkesan. Mungkin ada wakil rakyat yang kali pertama masuk parlimen, ini mungkin boleh dimaafkan. Tetapi yang dah otai,.. bekas menteri lagi,.. ini apa cerita?


HzY

Friday, April 18, 2008

PM umum bayar "Ganti Rugi" kepada Tun Salleh Abbas dan 5 bekas Hakim Mahkamah Agung

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


The Star Online, 18/04/2008

It was a dinner for lawyers and friends, graced by former judges, and the guest of honour was the Prime Minister.

Turning to former Lord President Tun Salleh Abas, Tan Sri Tan Sri Azmi Kamaruddin, Datuk George Seah, the families of the late Tan Sri Wan Suleiman Pawan Teh and Tan Sri Eusoffe Abdoolcader - the Prime Minister said, the Government wanted to recognise “their commitment towards upholding justice and to acknowledge the pain and loss they have endured.”

“For me and for many other Malaysians, these towering judicial personalities represent a very different era for the nation’s judiciary. Many feel that the judiciary then was a venerable institution that could be trusted to deliver justice. “Some even hailed Malaysia’s judiciary as a model for other countries – independent and credible."


Abdullah also announced goodwill ex gratia payments to the six sacked judges and their surviving families as recognition of their contribution, but quickly added:

“I do not presume to equate your contributions, pain and loss with mere currency, but I hope that you can accept this as a heartfelt and sincere gesture to mend what has been.”

At the end of his speech entitled Delivering Justice, Renewing Trust, Abdullah was given a standing ovation. Among those who got off his seat first was Salleh, who shook the Prime Minister’s hand warmly as he got down from the stage.

Read more here from The Star Online: Justice was Served, PM Announce Judiciary Reforms

---------------

p/s: Pak Lah, salute you... It's a excellent move, eventhough it's more better before PRU12. I still remember, many people were cried on listening to the news that Tun Salleh was sacked 20 years ago and I couldn't comprehend why they was so emotional then.... until i read a book, written by Tun Salleh titled "Singa di bawah tahta dijerat/ May Day For Justice", then only I understand how daring is our `Negarawan' Ex-PM to be in control of everything.

Lastnight on TV2 Midnite news, Tun Salleh Said to the reporters "..Thank God, He had answered my prayer".

HzY

Wednesday, April 16, 2008

Rakyat Mahukan Perubahan

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]
Macam macam yang kita dengar akhir akhir ini. Ada yang kata sabotaj, ada yang kata protes, ada yang malas nak berkata kata kerana terlalu banyak yang nak dikomen. Pendekata, keputusan PRU12 memang memeranjatkan. Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor jatuh ke tangan pembangkang. PAS pulak kekal di Kelantan.Kalau dulu dalam pilihanraya yang lepas, bila BN sapu bersih, pengundi dikata bijak memilih, tepat & sesuai. Tapi sekarang bila pengundi ubah pilihan mereka, sesetengah mengatakan mereka emosi, tak fikir panjang, sabotaj dan macam macam. Tapi kalau kita fikir sedalam yang mungkin, selain daripada rahmat yang tersembunyi, mesej yang diberi memang cukup jelas, pengundi mahukan perubahan !!!Perubahan apa yang pengundi mahukan sebenarnya?????? Ubah Perdana Menteri??? Ubah jemaah kabinet ?? Ubah kepercayaan pada parti ??? Ubah kroni??Mesej mengenai "perubahan" ini cukup lantang ditimbulkan. Apakah langkah proaktif yang dapat disediakan oleh pemimpin pemimpin tertinggi BN di waktu ini sebagai persedian untuk mengambil kembali undi undi yang terlepas akibat protes dalam PRU12??Kita kena bergerak dari sekarang. Banyak yang perlu dilakukan. Dengarilah suara hati rakyat ! Rakyat telah bergerak jauh ke depan meninggalkan corak pengundian tradisi. Ada sesetengah pemimpin yang belum bergerak ke depan seiring dengan pemikiran rakyat. Kalau pemikiran antara rakyat dan kerajaan tidak ada jurang, BN tak akan kalah di lima negeri ini.Bangkit wahai sahabat sahabat di atas sana, percayalah rakyat semakin bijak dari hari ke hari !! Bahaya kalau kita sentiasa rasa selesa. Macam macam pelan yang kita dengar minggu ini termasuk "exit plan". Kita dah terlalu banyak bercakap pasal perancangan. Rasa-rasanya bila agaknya kita dapat jalankan perlaksanaan ??

[Dipetik dari Blog Dr.Sam www.drshamsulanwarsulaiman.blogspot.com ]

HzY