Monday, May 12, 2008

Sepetang Bersama Puteri Bahagian

[MAKLUMAN: Semua penulisan & makluman yang diterbitkan adalah pandangan peribadi penulis dan samasekali TIDAK mengambarkan atau melambangkan pendirian rasmi UMNO Bahagian Sungai Siput KECUALI hanya dinyatakan demikian oleh Setiausaha UMNO Bahagian. Harap maklum.]


Tanggal 11 Mei 2008 merupakan tarikh yang dirasakan memberi pelbagai pengertian. Sambutan Ulang Tahun UMNO yang ke 62 telah diadakan di PWTC pada tarikh berkenaan. Hari Ibu yang disambut oleh pelbagai pihak di merata-rata tempat juga turut diadakan pada tarikh berkenaan. Pada tarikh yang sama, Pergerakan Puteri UMMNO Bahagian Sungai Siput juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Jamuan Makan Hi Tea kepada semua petugas-petugas Puteri yang telah menjalankan tugas mereka sepanjang Pilihanraya Umum yang Ke 12 tidak lama dahulu. Jamuan ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada petugas-petugas ini yang sanggup menghabiskan masa mereka bagi memastikan tugasan yang diberi dapat dilaksanakan sebaik mungkin.



Pada 11 Mei 2008, jam 3.00 petang bertempat di Hotel Excelsior, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Siput telah mengambil mengumpul seramai 36 orang Ahli Puteri yang terdiri dari Puteri Cawangan dan AJK Puteri Bahagian.


Tujuan angah menulis ni bukan lah semata-mata untuk memberikan laporan aktiviti yang diadakan. Cuma apa yang ingin angah sampaikan, intipati yang disampaikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian dalam diskusi yang diadakan sebagai selingan program tersebut. Antara lain, beliau menyentuh mengenai jumlah undi yang diterima oleh Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang lalu. Barisan Nasional hanya menerima 48% undi dari keseluruhan undian yang dibuat walaupun Barisan Nasional telah memenangi 140 kerusi Parlimen. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya, pengundi-pengundi di Malaysia telah memberikan satu petanda bahawa mereka mahukan perubahan yang drastik dari kepimpinan yang ada dalam Kerajaan Malaysian.


Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai kepimpinan UMNO serta pemilihan yang diadakan pada tahun ini. Namun, angah pasti, apa yang disampaikan oleh S/U Bahagian tidak sampai kepada puteri-puteri di peringkat bawahan ini. Pada pandangan angah, puteri-puteri di peringkat bawahan ini bukanlah individu atau kumpulan yang berminat dengan situasi politik semasa. Mereka lebih memahami dengan kerja-kerja yang diberikan atau aktiviti yang dijalankan dan bukan politik itu sendiri.


Cuma apa yang sering angah lakukan, menyelitkan sedikit situasi serta memberikan maklumat melalui salinan-salinan kertas atau pamplet semasa Mesyuarat Tahunan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. Melalui ucapan-ucapan di dalam mesyuarat ini, sedikit sebanyk puteriputeri cawangan akan memahami apa yang berlaku tanpa mereka sedari itu adalah situasi politik semasa.


Namun begitu, harapan angah amat besar sekiranya di antara puteri-puteri cawangan ini yang dapat menjadi pengganti Jawatankuasa Pergerakan Puteri Bahagian yang ada sekarang ini kerana tidak ramai yang boleh memberikan komitmen yang sebenar-benarnya dan menggerakkan semua yang ada di dalam Pergerakan ini. Adalah diharap juga, semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam merealisasikan impian ini kerana UMNO lah satu-satunya parti politik yang benar-benar berjuang demi Bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Angah,

Bagus program yang dibuat tu. Tanda penghargaan kepada putri. Semoga Kepimpinan Putri akan lebih kreatif dan bersemangat dalam membangunkan umat melayu.

Tahniah dari kak Nah

Norazniza Abdul Karim said...

terima kasih kak nah atas komen yang memberangsangkan....InsyaAllah Puteri bahagian akan lebih kreatif dan bersemangat meneruskan perjuangan yang dilaung-laungkan